Skip to main content

Posts

Showing posts from June, 2013

Tempat berhantu tarikan pelancong

KAWASAN penempatan, mahupun kemudahan yang terbiar tanpa digunakan untuk tempoh yang agak lama, layak digelar sebagai tempat 'berhantu' kerana ia menimbulkan perasaan takut kepada mereka yang melihatnya atau bersiar-siar di situ. Hal ini kerana, pada masa dahulu, kawasan dan kemudahan ini adalah merupakan lokasi strategik bagi orang ramai, bukan sahaja untuk mencari rezeki, malah untuk bersosial dan berhubung. Di beberapa kawasan di dunia ketika ini, masih terdapat kapal terbang, kereta api, rumah-rumah dan juga lapangan terbang serta lombong yang kesemuanya terbiar sejak berdekad lalu. Fenomena ini agak pelik kerana ada antara bangunan dan kemudahan itu sebenarnya masih elok dan mampu menjana ekonomi setempat. Namun, ia kekal berdiri sebagai monumen, rentetan kepada keadaan ekonomi yang berubah, pergolakan politik, peperangan dan bencana alam buatan manusia tetapi terbiar begitu saja. Kita mungkin masih ingat akan bencana nuklear Chernoby