Skip to main content

Posts

Showing posts from January, 2014

Gambar-gambar Wakaf Che Yeh dan Bukit Bunga

Pulang daripada bercuti di Kuala Terengganu, kami terus ke rumah adik ipar di Kota Bharu, malam tu kami ke Wakaf Che Yeh.. sekadar cuci-cuci mata.. suasana di sini sama seperti Uptown Danau Kota.. Macam-macam barang dijual..  Selang beberapa hari, OTW nak balik ke Rawang, kami singgah di Bukit Bunga.. Kat sini lebih kurang macam Rantau Panjang.. bagi yang nak shopping toto, cadar, bantal mmg berbaloi datang beli kat sini... Setiap kali pulang ke kampung, Fiza akan beli set cadar dan selimut toto untuk bawa pulang sebab murah..  Selesai sudah perjalanan untuk 5 hari pulang bercuti di kampung... Settle jugak kerja Fiza nak update blog nie... seminggu jugak bertangguh.. nak update nak kene tunggu masa yang sesuai.. tu yang makan masa.. Terima kasih kat korang yang sudi baca perjalanan Fiza bercuti kali nie... Otak rasa lapang... fuh. kredit: ourmemoria.blogspot.com

Air Terjun Gunung Stong, Jelawang Kelantan

Lokasi Jiwa terletak di Negeri Kelantan. Naik kereta api turun sahaja di Dabong.. Makan sarapan nasi kerabu.. uiiii.... nyaman!! Lepas tu barulah bergerak ke Taman Negara Gunung Stong.... Cerita sikit pasal Taman Negara nie, Gunung Stong mempunyai ketinggian 1,443 meter merupakan satu puncak di Negeri Kelantan. Gunung Stong memang best dan berbaloi untuk pergi (ayat Den aaa nih! Memang best!). Kat sini ada 7 air terjun dan yang paling tinggi namanya Air Terjun Jelawang dengan ketinggian 303 meter dari aras laut. Air Terjun ini dikatakan air terjun yang tertinggi di Asia Tenggara. Kalau mendaki, memang akan lalu sepanjang air terjun ni. Pada sesiapa yang tak berniat untuk mendaki ke puncak Gunung Stong atau Gunung Ayam, cukup juga untuk berkelah di bawah atau hiking sampai ke puncak Air Terjun Jelawang. Atau alternatif, boleh juga berkhemah di puncak Air Terjun Jelawang kat Kem Baha. Perjalanan untuk sampai ke Kem Baha lebih kurang 3 jam (jalan santai), kalau tak lagi cepat.