Skip to main content

Posts

Showing posts from May, 2013

Tempat menarik Langkawi - Dataran Helang & Kampung Kristal

Dataran Helang merupakan mercu tanda Langkawi dan juga merupakan tugu tumpuan pelancong yang terkemuka di pulau  Langkawi ,  Malaysia . Ia merupakan patung  helang  setinggi 12 meter yang menggambarkan Lang yang dari mana Langkawi mendapat namanya. Kedudukan patung Lang gergasi ini terletak bersebelahan dengan pelantar jeti Kuah, dengan sayap berkepak sedia untuk menyusur keudara menjadikannya satu pemandangan yang mengkagumkan bagi para pelancong sedia untuk mendarat di  pulau  ini. Rakyat tempatan mencatatkan helang sebagai satu simbol di mana nama langkawi berasal “Lang” adalah sama atau dikata singkatan “helang” manakala “kawi” bermaksud perang merah di zaman  Melayu  purba. Pada malam, seluruh dataran diterangkan dengan lampu. Dari laut, panorama adalah menakjubkan. Suasana malam sungguh menggasyikkan dengan cahaya lampu daripada  kapal  yang berlabuh. Kampung Kristal  di  Pulau Rebak , selatan  Langkawi  yang diusahakan oleh Langkawi Crystal Sdn

Tempat menarik Langkawi - Gunung Mat ChinChang & Pekan Kuah

Gunung Mat Chinchang  yang terletak di  Langkawi ,  Kedah  mempunyai ketinggian setinggi 713  meter  (2,339 kaki). Di sini juga terdapat kereta kabel untuk pelancong naik ke atas puncak gunung Mat Chinchang. Dari puncak, pelancong boleh melihat pemandangan dan pulau-pulau di sekitar Pulau Langkawi. Gunung Mat Chinchang mempunyai  hutan Dipterokarp Bukit . Terdapat banyak flora di  gunung  ini yang mempunyai nilai perubatan. Kereta Kabel Sektor pelancongan di pulau Langkawi semakin menarik dengan adanya kereta kabel di Gunung Mat Chinchang ini. Teknologi kereta kabel dari  Austria  dan Switzerland  berpengalaman membina menara kereta kabel di kawasan pergunungan salji untuk luncur salji. Dari punca puncak gunung ini, anda dapat melihat permandangan gunung dan bukit serta laut yang menghadap ke  Lautan Hindi . Lautan Hindi luas terbentang dan angin bertiup kencang , kabus putih terutama selepas hujan. Peminat aktiviti mendaki bukit, bolehlah mencuba denai-denai yang penuh c

Tempat menarik Langkawi - Pulau Dayang Bunting & Makam Mahsuri

Pulau Dayang Bunting  merupakan  pulau  yang terbesar selepas  Langkawi  di  Kedah . Ia terletak 17.6 km atau kira-kira 15 minit perjalanan dengan bot dari jeti Kuah, Langkawi. Jalan perhubungan hanya melalui bot laju yang boleh disewa di jeti pekan Kuah, pulau Langkawi dengan kadar pakej RM45.00 seorang. Pulau ini mendapat nama daripada kisah gergasi sakti yang bernama Dayang Bunting. Pulau ini seimbas lalu menyerupai gergasi hamil yang terlena. Dalam perjalanan ke Tasik Dayang Bunting, kita akan lihat bentuk gunung yang menyerupai seorang perempuan sedang terbaring dengan bentuk kepala , dada dan perut yang sedang bunting. Antara tempat yang menarik di sini ialah Tasik Dayang Bunting dan Gua Langsuir. Gua Langsuir terletak di tengah perjalanan ke Tasik Dayang Bunting. Gua ini adalah akibat kesan hakisan ombak laut jutaan tahun lampau. Terdapat bentuk-bentuk tergantung iaitu stalagtik yang mempunyai pelbagai bentuk - lalu dinamakan langsuir. Di tengah pulau Dayang Bunti

Tempat menarik Langkawi - Beras Terbakar & Kereta kabel Langkawi

Beras Terbakar  merupakan tempat yang didakwa terdapatnya  beras  terbakar selepas tewasnya  Datuk Kerma Wijaya  mempertahankan  Pulau Langkawi  daripada serangan musuh iaitu angkatan tentera Siam. Tempat ini terletak di Kampung Raja, Mukim Padang Matsirat. Kawasan ini kini terletak di dalam kawasan tanah milik perseorangan. SEJARAH Mengikut cerita orang terdahulu, Pemerintahan Pulau Langkawi bertempat di Kampung Raja. Selepas kejadian pembunuhan Mahsuri atas perintah Datuk Kerma Wijaya, Pulau Langkawi telah diserang oleh pihak Siam. Pertempuran yang dahsyat sehingga mengorbankan Datuk Kerma Wijaya dan panglima-panglima yang hebat telah berlaku di Selat Berhala Balik yang kini merupakan selat jalan masuk ke Pelabuhan Kuah sekarang. Melihat kepada keadaan yang tidak memihak kepada pihak Datuk Kerma Wijaya, beliau telah mengarahkan penduduk Langkawi supaya menanam beras simpanan yang ada agar tidak jatuh ke tangan pihak musuh. Kesan kekalahan itu telah menyebabkan beras simpanan