Jika anda tercari-cari resort terbaik di Kelantan pada masa kini, kami jamin anda tidak akan menyesal jika menginap di Tok Aman Bali Beach Resort.Resort yang bertaraf 4 bintang ini masih baru dibuka iaitu pada bulan November 2011. Resort baru sememangnya menjadi pilihan pengujung yang bijak dalam memilih tempat penginapan yang terbaik.Resort Tok Aman ini terletak di Tok Bali, Pasir Puteh iaitu lebih kurang 50 KM dari bandar Kota Bharu dan juga berhampiran dengan Jambatan Tok Bali.
Lokasinya yang strategik membolehkan pengunjung menikmati keindahan pantai dan suasana yang sangat mendamaikan.

Pemandangan di Resort Tok Aman Bali
Antara keunikan di resort ini yang tidak didapati di mana-mana adalah rekabentuknya, dimana kesemua blok menghadap kolam renang yang luas.
Kolam renang terbuka ini memang sangat sesuai untuk mandi-manda terutamanya bagi mereka yang membawa anak-anak. Ditambah lagi dengan bilik permainan kanak-kanak serta kawasan permainan yang disediakan, pasti dapat menghiburkan anda sekeluarga.

Kolam renang terbuka di tengah-tengah resort

Kolam mandi kanak-kanak siap dengan gelungsur.
Setiap bilik di resort ini dilengkapi dengan balkoni yang membolehkan pengunjung menikmati keindahan pantai dan tasik buatan manusia.
Sangat sesuai bagi mereka datang dengan keluarga, berbulan madu mahupun ingin mengadakan hari keluarga. Harga bilik serendah RM198 ringgit untuk satu malam berserta sarapan pagi.Terdapat 3 jenis bilik yang boleh dipilih iaitu Deluxe King Room, Deluxe Twin Room dan Executive Suite.

Deluxe King Room: Suasana bilik yang mendamaikan

Deluxe Twin Room

Executive Suite: Perhatikan di balkoni, anda akan menikmati pemandangan tasik buatan manusia
Pelbagai kemudahan lain yang boleh didapati seperti LCD TV dengan Astro, minibar, pengering rambut, Wifi, kolam renang, gimnasium, minimarket dan pelbagai lagi.
Jika bosan tanpa sebarang aktiviti di sini, cubalah aktiviti menaiki bot pedal, mengayuh basikal, ping pong, kereta kawalan jauh dan bermacam-macam lagi. Pendek kata, anda tidak akan bosan selama berada di resort ini.

Aktiviti mengayuh ‘pedal boat’ boleh memberi ketenangan dan keseronokan di sini
Ada yang menamakan resort ini sebagai ‘mutiara yang tersorok di Kelantan’ disebabkan usianya yang masih baru serta menepati citarasa dari segenap lapisan pengunjung.

Tiada yang lebih romantik dengan candle light dinner yang dikelilingi tasik
Tunggu apa lagi, jika merancang percutian pada cuti sekolah yang akan tiba, cepat tempah Tok Aman Bali Resort secara online sekarang di Tok Aman Bali Beach Resort dengan harga diskaun. Berbaloi-baloi.

Pemandangan indah di Tok Aman Bali Beach Resort .
Tips:
- Pada musim cuti sekolah, resort ini akan penuh memandangkan sambutan menggalakan, oleh itu tempahlah seawal mungkin.
- Jangan lupa berkunjung ke terminal pendaratan ikan Tok Bali yang berdekatan dengan jambatan Tok Bali, boleh melihat ikan segar yang baru turun dari bot.
- Jika anda memilih untuk tidak makan malam di resort ini, boleh menikmati ikan bakar Tok Bali di medan ikan bakar berhampiran dengan terminal pendaratan ikan atau mencuba meggi ketam yang terletak di Tok Bali.
Comments
Post a Comment