Adakah anda sudah tempah penginapan untuk becuti di Kelantan? Hotel sekitar pusat bandar pula sudah penuh? Inginkan hotel yang sangat selesa dengan harga yang berbaloi-baloi? Cubalah Tune Hotel cawangan Kota Bharu yang bersebelahan dengan kompleks membeli belah moden terkemuka di Kelantan iaitu KB Mall.
Hotel ini menawarkan servis dan kemudahan bertaraf 5 bintang pada harga 1 bintang, sesuai dengan slogan Tune Hotel.
.

Tune Hotel Kota Bharu
Sebanyak 119 bilik double dan 52 bilik twin yang terdapat di hotel ini. Anda tidak perlu risau jika tiada tempat penginap di Kelantan kerana hotel ini menawarkan bilik yang banyak. Tetapi perlu menempah lebih awal jika ingin berkunjung pada musim cuti sekolah.

Bilik dan katil Tune Hotel Kota Bharu
Walaubagaimanapun, hotel ini tidak terlalu dekat dengan tempat tumpuan pelancongan di Kelantan. Anda perlu menaiki kenderaan untuk ke Pasar Siti Khadijah, Kota Sultan Ismail Petra dan pelbagai lagi. Tetapi, jika hendak ke KBMALL, hanya berjalan kaki sahaja.
Jarak hotel ini dengan Pasar Siti Khadijah ialah lebih kurang 2km manakala jarak dengan Pasar Malam Wakaf Che Yeh ialah 3km. Namun, hotel ini antara hotel yang dicadangkan berdasarkan servis dan harga yang ditawarkan.

Twin Room

Mesti singgah di Hayaki Cafe yang terletak di tingkat 1 hotel untuk bersantai sambil menjamu selera.
Kelebihan menginap di Tune Hotel:
- Sangat selesa, harga berpatutan
- Berdekatan dengan KBMALL, hanya berjalan kaki sahaja
Comments
Post a Comment