Skip to main content

5 Tempat menarik di Kuala Terengganu

Kali ni ni apa kata kita review sikit tempat-tempat menarik di Terengganu. Setelah meneliti beberapa blog ( ada link kat bawah ), korang boleh lah dapat info yang dah di simpulkan kat bawah nih sebagai panduan bila pergi bercuti di Terengganu.

Tempat-tempat menarik ni di sekitar Kuala Terengganu sahaja ( buat masa ni ) dan nanti-nanti saya panjangkan ke tempat-tempat menarik seluruh Terengganu pula.

Saya suka bercuti di Terengganu, banyak kali jugak le saya pergi ke sana dengan keluarga dan akan ke sana lagi jika berkesempatan.

1. Pasar Besar Kedai Payang

Orang kata, kalu maghri Ganu wajib singgoh Pasor Payang (datang Terengganu kena singgah di Pasar Payang). Saya yakin orang perempuan mesti suka dengan tempat ni sebab boleh shopping! Semua ada di sini, dari makanan basah, makanan kering, makanan tradisional, baju, kain batik, sutera dan songket, dan alat-alat tembagapun ada di jual di sini. 

Setiap barang keperluan dijual mengikut tempat tertentu. Contohnya, pasar basah - menjual ikan, daging, ayam dan sayur-sayuran, pasar kering - menjual buah-buahan, kuih muih dan barangan makanan tempatan seperti keropok keping. Manakala di tingkat atas adalah bahagian menjual pakaian, kain sutera, songket dan batik. Di tengah-tengah tingkat 2 terdapat food court yang menjual pelbagai makanan panas dan lauk pauk Terengganu. Tak lupa pada penggemar barang emas, boleh pilih kedai mana yang berkenan di hati. Emas Terengganu antara emas yang terbaik tau.

Tips : kalau membeli kena pandai tawar menawar tau. Kalau boleh bargain hingga separuh daripada harga yang diletakkan. Kalau tak dapat barulah up sikit harga, ikut harga yang bersesuaian.


2. Taman Tamadun Islam, TTI

Terletak di Pulau Wan Man, ia merupakan taman teman bercirikan islam pertama di dunia dari segi reka bentuk dan kebudayaan. 

Terdapat lebih kurang 21 buah monumen dibina dengan saiz 1:8 daripada saiz asal. Antara monumen yang dibina ialah Masjid Xian, China, Taj Mahal, India, Masjidil Haram, Makkah dan banyak lagi.

Bayaran masuk :



RM10.00 - dewasa
RM5.00 - kanak-kanal
RM5.00 - warga emas (60 tahun ke atas)


Lain-lain kemudahan :



Sewa basikal - RM3.00
Sewa trem - RM3.00
Sewa buggy - RM35.00 - 40.00 (mengikut saiz)
Cafe dan tandas awam

3. Chinatown, Kuala Terengganu
Lokasinya bersebelahan saja dengan Pasar Kedai Payang. Dulu, ia merupakan tempat tinggal masyarakat Cina yang datang dari tanah besar Cina sekitar abad ke-19. Sehingga kini, rumah-rumah sekitar ini masih dihuni.

Jika ke Terengganu jangan lupa untuk singgah ke sini. Berjalan kaki samada dari Pasar Payang atau Hotel Sri Malaysia adalah cara terbaik untuk melihat sekitar kawasan ini dengan lebih dekat. 

Rasanya sebelum ini, sekitar Kampung Cina ini biasa-biasa saja. Tapi atas inisiatif kerajaan yang ingin mengekalkan keaslian tempat ini, saya dapat lihat banyak perubahan di sini. Contohnya, beberapa lorong di sekitar kawasan diubahsuai untuk menarik pelancong ke sini. Antara lorong-lorong yang dibina ialah Lorong Mesra Alam, Lorong Warisan Dunia, Lorong Kenangan dan banyak lagi. 

Kalau datang waktu malam, boleh layan 'pokok-pokok api' (macam kat ICT) di tepi benteng mengadap ke muara Sungai Terengganu. Memang seronok!


4. Santuari Penyu Rantau Abang
Jika mahu ke Kuala Terengganu melalui 'jalan pantai' : Kemaman-Dungun-Marang-Kuala Terengganu, kita mesti akan melalui Rantau Abang. Jarak perjalanan lebih kurang 65km dari bandar Kuala Terengganu. 

Pusat santuari merupakan salah satu pusat informasi maklumat tentang hidupan laut umumnya dan tentang penyu khasnya. Selain daripada maklumat, kita boleh melihat penyu-penyu yang dipelihara di dalam tangki khas untuk penyelidikan dan tatapan umum. Tak silap saya, kalau bernasib baik bolehlah lepaskan anak-anak penyu yang baru menetas ke pantai. 

Kalau mahukan lebih informasi, terdapat satu lagi pusat informasi iaitu Pusat Penyu dan Ekosistem Marin (TUMEC) yang terletak hanya di seberang jalan saja dari santuari penyu. Ada muzium kat situ. Siap ada replika rangka ikan paus di luar muzium.

Saya pernah berada di sini selama 3 bulan. Praktikal. Walaupun kajian yang saya buat masa tu tak berkaitan dengan penyu, (saya kaji gastropod), tapi dapat jugak pengalaman 'menunggu penyu bertelur' di pantai Ma' Daerah, Kerteh, melepaskan anak-anak penyu yang cute ke pantai dan paling menarik berpeluang ke Pulau Mat Kepit (terletak berhampiran Pulau Redang) di mana pulau itu merupakan salah satu pulau yang diwartakan kerajaan Terengganu sebagai pulau penyu mendarat. Bukan senang nak dapat pengalaman sebegitu kan?

Jadi kalau ke Terengganu jangan lepaskan peluang untuk singgah di sini. Sekarang nak tengok penyu bertelur secara live memang tak dapatlah sebab % penyu yang naik untuk bertelur di perairan Terengganu semakin hari semakin menurun. Oleh itu, dengan adanya Santuari Penyu ini sedikit sebanyak memberi kita pendedahan tentang hidupan laut yang hampir pupus ini.


5. Tasik Kenyir
Terletak di Hulu Terengganu iaitu di hulu Sungai Kenyir, Tasik Kenyir merupakan tasik terbesar buatan manusia di Asia Tenggara. Tujuan utama pembinaan tasik yang siap dibina pada tahun 1988 ialah untuk menjana kuasa elektrik.

Di antara tempat-tempat yang menarik di Tasik Kenyir ialah :
  • Air terjun, jeram dan sungai ( Air terjun Lasir, Air terjun Saok) 
  • Gua (gua Bewah dan guan Taat)
  • Taman Herba - 
  • Sungai Gawi Kenyir - tempat penternakan ikan air tawar seperti baung dan patin. 
  • Tapak perkhemahan dan jungle tracking
  • Syurga bagi kaki pancing
  • Menyediakan kemudahan untuk aktiviti sukan air - kenu, kayak, bersampan, berakit etc.
  • Pintu masuk ke Taman Negara
Kalau berminat boleh datang ke sini. Chalet, kemudahan bot disediakan di pengkalan Sungai Gawi. Dan bagi penjawat awam, kemudahan rumah peranginan persekutuan Tasik Kenyir juga disediakan.

Comments

Popular posts from this blog

Tempat menarik di Kelantan - Zon Bebas Cukai Rantau Panjang

Pada artikel kali ini, kami ingin mendedahkan  review dan panduan di pusat membeli-belah yang boleh dikatakan paling popular di Kelantan, tidak lain dan tidak bukan adalah di pusat bebas cukai Rantau Panjang. Review ini adalah berdasarkan pengalaman dan pandangan penduduk setempat yang sememangnya sudah lali dengan pekan Rantau Panjang ini. Secara umumnya, nama Rantau Panjang memang tidak asing lagi memandangkan ia adalah tempat membeli belah yang tersohor di Kelantan. Dibuka seawal jam 8 pagi hingga 6 petang. Pada waktu cuti sekolah, pekan Rantau Panjang adalah antara yang paling sibuk dan paling sesak di Kelantan. Waktu puncak adalah antara jam 11 tengahari hingga 4 petang. Pasar inilah yang paling popular dan paling sesuai jika anda ingin membeli barangan yang murah dari negara jiran, Thailand. Apa yang boleh didapati? Barangan yang terdapat di sini adalah sama dengan barangan yang dijual di satu lagi tempat membeli belah lain iaitu di Pengkalan Kubor. Tetapi...

Suasana kampung ber Hari Raya 2015

Dah sampai masa nak balik kampung untuk hari raya 2015 ni. Ingat nak ambil udara segar merasa suasana kampung yang memang tidak terkalah. Kampung masih belum tercemar kan, elok sangatlah kalau habiskan banyak masa kat kampung. Kalau dapat pemandangan-pemandangan yang cantik ok jugak ni. Kalau dapat suasana kampung macam gambar kat bawah ni pun best jugak. Ini boleh mengimbau kembali zaman kanak-kanak dulu kat suasana kampung.

Tempat menarik untuk bercuti di Selangor

Tempat Menarik Dan Percutian Di Selangor dan Kuala Lumpur | Selangor sememangnya antara syurga perlancongan di Malaysia. Berikutan cuti sekolah yang semakin hampir pada Jun ini, admin kongsikan beberapa senarai tempat dan perlancongan menarik di Selangor. 1- Kuala Lumpur International Airport Kuala Lumpur International Airport (KLIA) terletak di Sepang, dibuka pada tahun 1998. Lokasinya adalah sekitar 50 kilometer dari ibukota, Kuala Lumpur. KLIA dibina dengan kos $ 3.5 billion. 2- Pulau Ketam Pulau ini merupakan kampung nelayan yang menarik pengunjung dengan suasana desa yang unik. Anda boleh manaiki bot, menginap di homestay, memancing dan melihat burung. 3- Sunway Lagoon Water Park Sunway Lagoon Water Park merupakan taman tema air pertama air bakuyang terdapat di Malaysia. Banyak sukan dan permainan yang berasaskan air terdapat di sana. Anda juga boleh membeli belah dan menginap di hotel. 4- Batu Caves Terletak 15 km sebelah utara Kuala Lumpur. Sebuah...