Skip to main content

Tempat menarik di Terengganu - Pantai Rantau Abang

Semasa menginap di salah sebuah chalet di Rantau Abang baru-baru ini, kami sekeluarga sempat mandi di pantai di sini. Ini adalah kali pertama kali kami singgah di pantainya walaupun berulang alik melalui jalan raya dari Kuala Terengganu – Kuantan. Sebelum ini kami hanya melihat pantai ini dari atas jalan raya sahaja, tetapi kali ini dapat merasai keindahan pantainya dan dapat pula mandi manda di sini dengan sepuas-puasnya.




pantainya yang bersih dan landai...

Sebenarnya saya akui, dalam banyak-banyak pantai yang saya singgah dan mandi, pantai Rantau Abang berbeza dari pantai yang lain. Bukan saya ingin mempromosi berlebih-lebihan, tetapi saya akui sendiri kerana pasir di pantai ini lain daripada lain. Pasirnya yang bersih, berwarna keemas-emasan dan kesat berbanding dengan pasir di pantai yang lain. Malah bentuk geografi di sini adalah berbentuk landai yang menyebabkan penyu mudah naik untuk bertelur. Dan ini menyebabkan kami berani untuk membenarkan anak-anak mandi di sini kerana pantainya yang landai dan selamat.



keindahan pantai ini menyebabkan ramai pengunjung suka ke sini



chalet yang menghadap ke pantai Rantau Abang



aktiviti pada waktu petang di tepi pantai Rantau Abang

Sampai sahaja di tempat penginapan, anak-anak saya meminta untuk memakai baju mandi dan membawa mereka mandi di pantai. Selepas menikmati minum petang di atas wakaf yang disediakan oleh pihak chalet kami terus ke pantai untuk mandi dan sebelum itu kami sempat melihat tempat penetasan dan penjagaan telur penyu yang berhampiran. Semasa kami menginap di sini terdapat beberapa program untuk pelajar sekolah menengah dari beberapa sekolah di sekitar negeri Terengganu.




sedang asyik mandi..

Saya sempat merakamkan keindahan pantai di sini memandangkan bilik yang kami sewa betul-betul menghadap ke pantai. Sesungguhnya situasi ini mengimbau balik kenangan semasa saya melakukan aktiviti perkhemahan di tepi pantai sebelum ini di Pantai Kuala Dendong dan di Pulau Rhu Hentian. Rugi jika anda tidak singgah untuk menginap di pantai Rantau Abang kerana selain dapat menikmati keindahan pantainya yang bersih, anda juga dapat melihat penyu di pusat penetasan telur yang diusahakan pihak chalet dan boleh juga mencari maklumat tentang penyu di Pusat Penerangan Penyu. Jadi sesuailah dengan tema blog saya ini, berbaloi-baloi jika datang ke negeri Terengganu kita.....dan pasti anda akan berkata Terengganu di hatiku....



pemandangan dari bilik yang kami sewa di chalet ini, kelihatan pelajar sekolah sedang bermain bola sepak pantai di waktu petang



pemandangan yang indah di tepi pantai Rantau Abang...



pemandangan indah semasa matahari baru naik

Comments

Popular posts from this blog

Tempat menarik di Kelantan - Zon Bebas Cukai Rantau Panjang

Pada artikel kali ini, kami ingin mendedahkan  review dan panduan di pusat membeli-belah yang boleh dikatakan paling popular di Kelantan, tidak lain dan tidak bukan adalah di pusat bebas cukai Rantau Panjang. Review ini adalah berdasarkan pengalaman dan pandangan penduduk setempat yang sememangnya sudah lali dengan pekan Rantau Panjang ini. Secara umumnya, nama Rantau Panjang memang tidak asing lagi memandangkan ia adalah tempat membeli belah yang tersohor di Kelantan. Dibuka seawal jam 8 pagi hingga 6 petang. Pada waktu cuti sekolah, pekan Rantau Panjang adalah antara yang paling sibuk dan paling sesak di Kelantan. Waktu puncak adalah antara jam 11 tengahari hingga 4 petang. Pasar inilah yang paling popular dan paling sesuai jika anda ingin membeli barangan yang murah dari negara jiran, Thailand. Apa yang boleh didapati? Barangan yang terdapat di sini adalah sama dengan barangan yang dijual di satu lagi tempat membeli belah lain iaitu di Pengkalan Kubor. Tetapi, di

Suasana kampung ber Hari Raya 2015

Dah sampai masa nak balik kampung untuk hari raya 2015 ni. Ingat nak ambil udara segar merasa suasana kampung yang memang tidak terkalah. Kampung masih belum tercemar kan, elok sangatlah kalau habiskan banyak masa kat kampung. Kalau dapat pemandangan-pemandangan yang cantik ok jugak ni. Kalau dapat suasana kampung macam gambar kat bawah ni pun best jugak. Ini boleh mengimbau kembali zaman kanak-kanak dulu kat suasana kampung.