Skip to main content

Tempat menarik di Terengganu - Pasar Besar Kedai Payang

Artikel kali ini saya ingin berkongsi tentang tempat yang wajib pengunjung singgah jika datang ke Kuala Terengganu. Tempat yang dimaksudkan ialah Pasar Besar Kedai Payang atau Pasar Payang yang tersohor di seluruh negara. Pasar Besar Kedai Payang ini terletak di tepi Sungai Terengganu dan merupakan salah sebuah destinasi pelancong yang paling terkenal di Kuala Terengganu. Pasar yang terletak di dalam sebuah bangunan ini menawarkan pelbagai jenis hasil kraftangan tradisional seperti batik, kain sutera, songket, kain brocade and barangan logam serta sayur-sayuran yang segar.




pintu hadapan di Pasar Besar Kedai Payang



antara kraftangan yang dijual disini, alatan tembaga dan anyaman



baju batik, kain sutera, kain songket dan baju kelawar yang mesti ada dijual di sini (yang penting kena pandai pilih dan membuat tawar menawar dengan penjual)

Sebenarnya suasana di Pasar Besar Kedai Payang pada bulan Ramadhan ini sebenarnya lebih rancak berbanding dengan bulan sebelum ini. Berbanding semasa persinggahan kami ke sini pada tahun lepas pada kali ini lebih meriah. Semasa kami singgah ke sini pada minggu lepas, peniaga tidak melepaskan peluang menjual makanan untuk persediaan berbuka puasa antaranya buah tamar dan kuih muih untuk sambutan di hari raya. Di pintu besar masuk ke Pasar Besar Kedai Payang kelihatan terdapat deretan khemah yang menjual kuih-muih.



kuih tradisional kegemaran saya turut dijual di sini..



pelbagai barangan dapur yang turut dijual di sini

Pengunjung yang berkunjung ke pasar ini tentu lebih seronok membeli barangan tempatan di sini pada harga yang murah. Pasar ini juga merupakan tempat yang sesuai untuk memerhati dan memahami budaya di sini sambil memerhati penduduk tempatan sibuk membeli-belah di sini. Jika saya singgah ke sini, saya suka melihat corak dan rekaan baju sutera yang terkini. Apabila mendapat harga berpatutan dan berbaloi selepas proses tawar menawar, paling kurang pun pasti sehelai yang saya akan beli. Saya amat berpuas hati dengan sutera dari negeri ini kerana selain harganya yang berpatutan, ianya amat berbaloi kerana berkualiti dan lebih tahan lama.



seorang penjual wanita yang cantik dan bergaya disamping barangannya

sumber : berbaloiditerengganukita

Comments

Popular posts from this blog

Tempat menarik di Kelantan - Zon Bebas Cukai Rantau Panjang

Pada artikel kali ini, kami ingin mendedahkan  review dan panduan di pusat membeli-belah yang boleh dikatakan paling popular di Kelantan, tidak lain dan tidak bukan adalah di pusat bebas cukai Rantau Panjang. Review ini adalah berdasarkan pengalaman dan pandangan penduduk setempat yang sememangnya sudah lali dengan pekan Rantau Panjang ini. Secara umumnya, nama Rantau Panjang memang tidak asing lagi memandangkan ia adalah tempat membeli belah yang tersohor di Kelantan. Dibuka seawal jam 8 pagi hingga 6 petang. Pada waktu cuti sekolah, pekan Rantau Panjang adalah antara yang paling sibuk dan paling sesak di Kelantan. Waktu puncak adalah antara jam 11 tengahari hingga 4 petang. Pasar inilah yang paling popular dan paling sesuai jika anda ingin membeli barangan yang murah dari negara jiran, Thailand. Apa yang boleh didapati? Barangan yang terdapat di sini adalah sama dengan barangan yang dijual di satu lagi tempat membeli belah lain iaitu di Pengkalan Kubor. Tetapi...

Suasana kampung ber Hari Raya 2015

Dah sampai masa nak balik kampung untuk hari raya 2015 ni. Ingat nak ambil udara segar merasa suasana kampung yang memang tidak terkalah. Kampung masih belum tercemar kan, elok sangatlah kalau habiskan banyak masa kat kampung. Kalau dapat pemandangan-pemandangan yang cantik ok jugak ni. Kalau dapat suasana kampung macam gambar kat bawah ni pun best jugak. Ini boleh mengimbau kembali zaman kanak-kanak dulu kat suasana kampung.

Tempat menarik Langkawi - Dataran Helang & Kampung Kristal

Dataran Helang merupakan mercu tanda Langkawi dan juga merupakan tugu tumpuan pelancong yang terkemuka di pulau  Langkawi ,  Malaysia . Ia merupakan patung  helang  setinggi 12 meter yang menggambarkan Lang yang dari mana Langkawi mendapat namanya. Kedudukan patung Lang gergasi ini terletak bersebelahan dengan pelantar jeti Kuah, dengan sayap berkepak sedia untuk menyusur keudara menjadikannya satu pemandangan yang mengkagumkan bagi para pelancong sedia untuk mendarat di  pulau  ini. Rakyat tempatan mencatatkan helang sebagai satu simbol di mana nama langkawi berasal “Lang” adalah sama atau dikata singkatan “helang” manakala “kawi” bermaksud perang merah di zaman  Melayu  purba. Pada malam, seluruh dataran diterangkan dengan lampu. Dari laut, panorama adalah menakjubkan. Suasana malam sungguh menggasyikkan dengan cahaya lampu daripada  kapal  yang berlabuh. Kampung Kristal  di  Pulau Reba...