Skip to main content

Tempat menarik di Terengganu - Pulau Perhentian

Artikel kali ini saya ingin berkongsi dengan pembaca dengan sebuah pulau yang sememangnya destinasi yang mesti dikunjungi. Pulau yang saya maksudkan ialah Pulau Perhentian yang terletak 21kilometer dari pinggir pantai Terengganu dan terbahagi kepada dua iaitu Pulau Perhentian Besar dan Pulau Perhentian Kecil. Pulau Perhentian yang dilitupi hutan yang bersih, pepohon kelapa, pantai yang putih dengan pasir yang halus dan dikelilingi air laut yang biru dan jernih merupakan tempat persinggahan nelayan, burung-burung yang berhijrah dan pelancong yang datang bercuti di sini.Lokasinya di pinggiran kawasan Taman Laut Pulau Redang bermakna perairan di sekitar pulau ini ditaburi terumbu karang dan menawarkan pemandangan bawah laut yang hebat untuk aktiviti menyelam skuba dan snokel. Lawatan bot ke pulau-pulau boleh diaturkan dan bot juga boleh disewa oleh pelancong yang ingin meneroka teluk-teluk yang terselindung. Pelancong yang gemarkan aktiviti meluncur papan air, belayar, berkenu dan memancing laut-dalam juga mesti berkunjung ke pulau ini.Antara dua pulau ini, Pulau Perhentian Kecil lebih sesuai untuk pelancong yang gemar aktiviti lasak. Di sini anda boleh mendapatkan pelbagai pilihan tempat penginapan dan makanan yang murah. Sebaliknya, Pulau Perhentian Besar, lebih membangun dan menawarkan kemudahan yang lebih selesa dan sempurna. Walau bagaimanapun, kemudahan calet, asrama dan tapak perkhemahan boleh di dapati di kedua-dua buah pulau ini.

pemandangan yang indah yang menakjubkan


jeti pulau perhentian besar


antara chalet yang ada di sini

Comments

Popular posts from this blog

Tempat menarik di Kelantan - Zon Bebas Cukai Rantau Panjang

Pada artikel kali ini, kami ingin mendedahkan  review dan panduan di pusat membeli-belah yang boleh dikatakan paling popular di Kelantan, tidak lain dan tidak bukan adalah di pusat bebas cukai Rantau Panjang. Review ini adalah berdasarkan pengalaman dan pandangan penduduk setempat yang sememangnya sudah lali dengan pekan Rantau Panjang ini. Secara umumnya, nama Rantau Panjang memang tidak asing lagi memandangkan ia adalah tempat membeli belah yang tersohor di Kelantan. Dibuka seawal jam 8 pagi hingga 6 petang. Pada waktu cuti sekolah, pekan Rantau Panjang adalah antara yang paling sibuk dan paling sesak di Kelantan. Waktu puncak adalah antara jam 11 tengahari hingga 4 petang. Pasar inilah yang paling popular dan paling sesuai jika anda ingin membeli barangan yang murah dari negara jiran, Thailand. Apa yang boleh didapati? Barangan yang terdapat di sini adalah sama dengan barangan yang dijual di satu lagi tempat membeli belah lain iaitu di Pengkalan Kubor. Tetapi, di

Tempat menarik di Terengganu - Pantai Rantau Abang

Semasa menginap di salah sebuah chalet di Rantau Abang baru-baru ini, kami sekeluarga sempat mandi di pantai di sini. Ini adalah kali pertama kali kami singgah di pantainya walaupun berulang alik melalui jalan raya dari Kuala Terengganu – Kuantan. Sebelum ini kami hanya melihat pantai ini dari atas jalan raya sahaja, tetapi kali ini dapat merasai keindahan pantainya dan dapat pula mandi manda di sini dengan sepuas-puasnya. pantainya yang bersih dan landai... Sebenarnya saya akui, dalam banyak-banyak pantai yang saya singgah dan mandi, pantai Rantau Abang berbeza dari pantai yang lain. Bukan saya ingin mempromosi berlebih-lebihan, tetapi saya akui sendiri kerana pasir di pantai ini lain daripada lain. Pasirnya yang bersih, berwarna keemas-emasan dan kesat berbanding dengan pasir di pantai yang lain. Malah bentuk geografi di sini adalah berbentuk landai yang menyebabkan penyu mudah naik untuk bertelur. Dan ini menyebabkan kami berani untuk membenarkan anak-anak mandi di sini ker

Suasana kampung ber Hari Raya 2015

Dah sampai masa nak balik kampung untuk hari raya 2015 ni. Ingat nak ambil udara segar merasa suasana kampung yang memang tidak terkalah. Kampung masih belum tercemar kan, elok sangatlah kalau habiskan banyak masa kat kampung. Kalau dapat pemandangan-pemandangan yang cantik ok jugak ni. Kalau dapat suasana kampung macam gambar kat bawah ni pun best jugak. Ini boleh mengimbau kembali zaman kanak-kanak dulu kat suasana kampung.