Skip to main content

Tempat menarik di Terengganu-Kuala Ibai

Cuti panjang Tahun Baru China ramai yang mengambil kesempatan jalan-jalan bersama keluarga tersayang dan kenalah bersedia menghadapi kesesakan jalanraya di sepanjang jalan keluar dari Kuala Lumpur tak kiralah ke utara, selatan, timur dan barat.

Nasib baik akak dah jejalan ke Pantai Timur minggu lepas, perjalanan lancar..kami tak menghadapi sebarang masalah nak ke mana-mana.

Selepas maghrib kami ke Pantai Batu Burok salah satu pantai yang popular dan terletak 1 kilometer dari bandar Kuala Terengganu.

Oleh kerana kami pergi di waktu malam, tak dapatlah kami melihat keindahan pantai ini tetapi kami melihat ajer gelagat para pengunjung di situ. Terdapat juga gerai-gerai yang menjual makanan, minuman dan pakaian.


Kemudian kami singgah pula di Masjid Tengku Tengah Zaharah berhampiran dengan Taman Rekreasi Kuala Ibai. Terletak di tepi jalan yang menjadi laluan utama hendak ke Kuantan.

Masjid Tengku Tengah Zaharah atau Masjid Terapung telah dinamakan sempena nama bonda Al-Marhum Sultan Terengganu Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah iaitu Tuanku Intan Zaharah binti Almarhum Tengku Seri Setia Raja. Lokasi masjid ini terletak 4 km dari pusat bandar Kuala Terengganu. Sebenarnya masjid ini mempunyai keindahan dan keunikan tersendiri berbanding dengan masjid lain yang telah dibina. Masjid ini dibina di atas air di muara Sungai Ibai yang sekaligus menjadikan masjid terapung yang terulung di Malaysia.

Masjid yang mula dibina pada September 1991 dan siap pertengahan Januari 1994 bernilai RM6.997 juta yang dikendalikan oleh Jabatan Kerja Raya direkabentuk oleh Dato' Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad, dari Seni Bahri dengan menampilkan ciri-ciri tamadun Islam dan gabungan senibina tempatan.

Keluasan masjid ini ialah berjumlah 1,372 meter persegi dan menaranya setinggi 30 meter, sebuah kubah besar dan lima wakaf serta di kelilingi air sedalam 1.5 meter ini mampu menampung jemaah sehingga 1,000 orang yang menempatkan dewan solat lelaki di bahagian bawah manakala wanita di bahagian atas.

Masjid yang telah dirasmikan oleh Al-Marhum Sultan Mahmud ini menyediakan kemudahan lain seperti bilik diraja, perpustakaan kecil, bilik dan pejabat imam, stor, tempat wuduk dan kawasan letak kereta yang boleh menampung lebih 400 kenderaan.

Sumber : google

Kemudian kami ke Kuala Terengganu Waterfront yang terletak di sepanjang Jalan Hiliran di Pulau Kambing, Kuala Terengganu Waterfront atau lebih dikenali dengan nama KT Waterfront adalah sebuah taman awam yang dibina di tebingan Sungai Terengganu.



Kami juga jejalan di Pulau Warisan yang mempunyai lampu-lampu yang cantik seperti di ICT Shah Alam.

Banyak lampu-lampu cantik menghiasi sepanjang sungai dan terdapat juga aktivti ATV di sini. Kebanyakan orang datang sini ialah untuk mengambil angin malam dan menikmati pemandangan di waktu malam bertemankan cahaya lampu yang menarik.




kredit : http://berbaloiditerengganukita.blogspot.com

Kemudian kami ke Chinatown (Kampung China)..tak turun pun sebab dah malam..insyallah jika pergi lagi ke sini..akak nak jejalan ke sini pula.

Marilah melawat Terenggau sempena Tahun Melawat Terengganu 2013

Comments

Popular posts from this blog

Suasana kampung ber Hari Raya 2015

Dah sampai masa nak balik kampung untuk hari raya 2015 ni. Ingat nak ambil udara segar merasa suasana kampung yang memang tidak terkalah. Kampung masih belum tercemar kan, elok sangatlah kalau habiskan banyak masa kat kampung. Kalau dapat pemandangan-pemandangan yang cantik ok jugak ni. Kalau dapat suasana kampung macam gambar kat bawah ni pun best jugak. Ini boleh mengimbau kembali zaman kanak-kanak dulu kat suasana kampung.

Tempat menarik di Kelantan - Zon Bebas Cukai Rantau Panjang

Pada artikel kali ini, kami ingin mendedahkan  review dan panduan di pusat membeli-belah yang boleh dikatakan paling popular di Kelantan, tidak lain dan tidak bukan adalah di pusat bebas cukai Rantau Panjang. Review ini adalah berdasarkan pengalaman dan pandangan penduduk setempat yang sememangnya sudah lali dengan pekan Rantau Panjang ini. Secara umumnya, nama Rantau Panjang memang tidak asing lagi memandangkan ia adalah tempat membeli belah yang tersohor di Kelantan. Dibuka seawal jam 8 pagi hingga 6 petang. Pada waktu cuti sekolah, pekan Rantau Panjang adalah antara yang paling sibuk dan paling sesak di Kelantan. Waktu puncak adalah antara jam 11 tengahari hingga 4 petang. Pasar inilah yang paling popular dan paling sesuai jika anda ingin membeli barangan yang murah dari negara jiran, Thailand. Apa yang boleh didapati? Barangan yang terdapat di sini adalah sama dengan barangan yang dijual di satu lagi tempat membeli belah lain iaitu di Pengkalan Kubor. Tetapi...

Tempat menarik untuk bercuti di Selangor

Tempat Menarik Dan Percutian Di Selangor dan Kuala Lumpur | Selangor sememangnya antara syurga perlancongan di Malaysia. Berikutan cuti sekolah yang semakin hampir pada Jun ini, admin kongsikan beberapa senarai tempat dan perlancongan menarik di Selangor. 1- Kuala Lumpur International Airport Kuala Lumpur International Airport (KLIA) terletak di Sepang, dibuka pada tahun 1998. Lokasinya adalah sekitar 50 kilometer dari ibukota, Kuala Lumpur. KLIA dibina dengan kos $ 3.5 billion. 2- Pulau Ketam Pulau ini merupakan kampung nelayan yang menarik pengunjung dengan suasana desa yang unik. Anda boleh manaiki bot, menginap di homestay, memancing dan melihat burung. 3- Sunway Lagoon Water Park Sunway Lagoon Water Park merupakan taman tema air pertama air bakuyang terdapat di Malaysia. Banyak sukan dan permainan yang berasaskan air terdapat di sana. Anda juga boleh membeli belah dan menginap di hotel. 4- Batu Caves Terletak 15 km sebelah utara Kuala Lumpur. Sebuah...