Skip to main content

Tempat menarik Langkawi - Dataran Helang & Kampung Kristal

Dataran Helang merupakan mercu tanda Langkawi dan juga merupakan tugu tumpuan pelancong yang terkemuka di pulau LangkawiMalaysia. Ia merupakan patung helang setinggi 12 meter yang menggambarkan Lang yang dari mana Langkawi mendapat namanya. Kedudukan patung Lang gergasi ini terletak bersebelahan dengan pelantar jeti Kuah, dengan sayap berkepak sedia untuk menyusur keudara menjadikannya satu pemandangan yang mengkagumkan bagi para pelancong sedia untuk mendarat di pulau ini.

Rakyat tempatan mencatatkan helang sebagai satu simbol di mana nama langkawi berasal “Lang” adalah sama atau dikata singkatan “helang” manakala “kawi” bermaksud perang merah di zaman Melayu purba.


















Pada malam, seluruh dataran diterangkan dengan lampu. Dari laut, panorama adalah menakjubkan. Suasana malam sungguh menggasyikkan dengan cahaya lampu daripada kapal yang berlabuh.

Kampung Kristal di Pulau Rebak, selatan Langkawi yang diusahakan oleh Langkawi Crystal Sdn Bhd, pengeluar tunggal barangankristal Malaysia akan menjadi tarikan pelancong ke Pulau Langkawi. Pengarah urusannya ialah Abdoul Rahman Abdullah .
Langkawi Crystal menjalinkan kerjasama dengan pengeluar-pengeluar kristal antarabangsa seperti China dalam usahanya untuk menjadi pusat kristal terulung di rantau ini.
Kerjasama strategik dengan pengeluar kristal antarabangsa diadakan bagi mengeluarkan produk yang lebih baik dan berkualiti menjelang pelaksanaan Perjanjian Perdagangan Bebas Asean (AFTA) pada 2003.
Langkawi Crystal perlu mengeluarkan produk berkualiti sekiranya ia mahu menjual jenamanya bagi memenuhi jangkaan permintaan pelanggan dalam dan luar negara.
Eropah Timur termasuk Jerman Timur adalah pengeluar utama tetapi kini China mula mendapat pengiktirafan bagi produk kristalnya.

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Tempat menarik di Kelantan - Zon Bebas Cukai Rantau Panjang

Pada artikel kali ini, kami ingin mendedahkan  review dan panduan di pusat membeli-belah yang boleh dikatakan paling popular di Kelantan, tidak lain dan tidak bukan adalah di pusat bebas cukai Rantau Panjang. Review ini adalah berdasarkan pengalaman dan pandangan penduduk setempat yang sememangnya sudah lali dengan pekan Rantau Panjang ini. Secara umumnya, nama Rantau Panjang memang tidak asing lagi memandangkan ia adalah tempat membeli belah yang tersohor di Kelantan. Dibuka seawal jam 8 pagi hingga 6 petang. Pada waktu cuti sekolah, pekan Rantau Panjang adalah antara yang paling sibuk dan paling sesak di Kelantan. Waktu puncak adalah antara jam 11 tengahari hingga 4 petang. Pasar inilah yang paling popular dan paling sesuai jika anda ingin membeli barangan yang murah dari negara jiran, Thailand. Apa yang boleh didapati? Barangan yang terdapat di sini adalah sama dengan barangan yang dijual di satu lagi tempat membeli belah lain iaitu di Pengkalan Kubor. Tetapi...

Suasana kampung ber Hari Raya 2015

Dah sampai masa nak balik kampung untuk hari raya 2015 ni. Ingat nak ambil udara segar merasa suasana kampung yang memang tidak terkalah. Kampung masih belum tercemar kan, elok sangatlah kalau habiskan banyak masa kat kampung. Kalau dapat pemandangan-pemandangan yang cantik ok jugak ni. Kalau dapat suasana kampung macam gambar kat bawah ni pun best jugak. Ini boleh mengimbau kembali zaman kanak-kanak dulu kat suasana kampung.

Awana Kijal Golf, Resort and Spa Di Terengganu - Banyak Lokasi Menarik

4 May 2012 aku dgn family bercuti ke Awana Kijal Golf, Resort and Spa Di Terengganu, bukan di taja oleh sapa2, ini sendiri bayar dengan sedikit diskaun dari tutt. Best gak sekali sekala jalan-jalan ni, bawak famili plak kan. Dulu aku pernah kerja di Terengganu ( gali minyak ni tengah laut ), jadi aku tahu skit2 jalan kat kemaman/paka/cherating tuh. Itu laluan aku rempit dulu hoho. Saja aku terbalikkan gambar ni hi hi hi. Macam mana nak pegi Awana Kijal Golf, Resort and Spa Di Terengganu? Aku dari subang jaya, terus naik kesas highway, karak, lebuhraya Pantai Timur hingga exit terakhir iaitu Jabur. Jarak perjalanan dari subang jaya ke jabur dalam 280km, lebih kurang 3 jam kalau maintain 120 – 150 km per jam. Lebuhraya pantai tumir memang clear, tak banyak kereta dan juga jalan lurus je. Tak macam karak highway, bukit-bukit Exit Jabur, nanti ada 2 simpang iaitu kuantan dan kuala Terengganu ( kemaman ). Ikut kuala Terengganu cherating kemaman dan kijal. Jarak dari Ja...