Skip to main content

Tempat menarik Langkawi - Pulau Dayang Bunting & Makam Mahsuri

Pulau Dayang Bunting merupakan pulau yang terbesar selepas Langkawi di Kedah. Ia terletak 17.6 km atau kira-kira 15 minit perjalanan dengan bot dari jeti Kuah, Langkawi. Jalan perhubungan hanya melalui bot laju yang boleh disewa di jeti pekan Kuah, pulau Langkawi dengan kadar pakej RM45.00 seorang.
Pulau ini mendapat nama daripada kisah gergasi sakti yang bernama Dayang Bunting. Pulau ini seimbas lalu menyerupai gergasi hamil yang terlena. Dalam perjalanan ke Tasik Dayang Bunting, kita akan lihat bentuk gunung yang menyerupai seorang perempuan sedang terbaring dengan bentuk kepala , dada dan perut yang sedang bunting.
Antara tempat yang menarik di sini ialah Tasik Dayang Bunting dan Gua Langsuir. Gua Langsuir terletak di tengah perjalanan ke Tasik Dayang Bunting. Gua ini adalah akibat kesan hakisan ombak laut jutaan tahun lampau. Terdapat bentuk-bentuk tergantung iaitu stalagtik yang mempunyai pelbagai bentuk - lalu dinamakan langsuir.
Di tengah pulau Dayang Bunting pula terdapat tasik air tawar yang berkeluasan 3 padang bola sepak. Sebuah jeti telah dibina di tepian pulau Dayang Bunting untuk bot-bot pelancong singgah. Tangga-tangga dibina ke atas dan kemudian kemudian menurun ke bawah - jaraknya 1 km sahaja . Sebuah pelantar dibina di tepi tasik dan disediakan jaket keselamatan dan bot berdayung dengan kaki dengan sewaan RM15.00 . air tasiknya hijau jernih dan menimbulkan panorama yang menarik.

Pulau Langkawi dan Kepentingan Pulau Dayang Bunting


Pulau Langkawi merupa Pulau yang strategik di dalam pertahanan Negeri Kedah dalam pergolakan sejarah dari ancam Siam. Ia merupakan benteng awal dan pusat tinjau pergerakan musuh yang melalui jalan laut. Dari Gunung Mat Chinchang seluruh Langkawi dapan di pantau. Ia juga laut sekeliling terutama laluan ka Kuala Kedah Pengkalan kepada ibu Negeri Kedah. Oleh kerana negeri Kedah menghadapi kemarau lebih empat bulan setahun (Dis hingga April) bekalan air amat penting kepada orang Langkawi khusus nya pelaut dan nelayan. Sebab itu takungan air tawar membuat pulau itu menjadi penting. Oleh kerana zaman dulu tiada rujukan lokasi secara moden semua lokasi di beri dalam rupa bentuk supaya Nelayan mudah mencari. Jadi sifat bentuk orang mengandung sedang tidur menjadi rujukan Pulau Dayang Bunting.Kepentingannya di zaman dahulu ialah untuk mendapat bekalan air tawar.

Geologi Pulau Dayang Bunting dan Kejadian Kolam Takungan atas paras laut


Pulau Dayang Bunting dan kebanyakan pulau pulau di sekitar kawasan tersebut adalah terdiri dari batu mendap jenis batu kapur.Oleh kerana batu kapur mudah lulur hawa kebanyakan bukit terbentuk dari kapur menegak. Ia terjumpa di banyak kawasan di Semenanjung seperti Bukit Temiang ,Perlis,Gunung Keriang Kedah dan Gugusan Gua Tempurung di Ipoh,Batu Cave di Kuala Lumpur. Hakisan air menyebabkan terbentuk gua dan staglatite(mengantung) dan staglatmite(membusut).Gua ini hasil hakisan air hujan asid bercarbonate. Keadaan yang sama berlaku di Pulau Bidan ia lah lulur hawa air hujan berasid bertahun menjadikan rekahan membesar menjadi gaung dan tasik.Oleh kerana air hujan yang terkumpul ia adalah air tawar berbading air laut di sekeliling.

Makam Mahsuri adalah merupakan tempat yang dipercayai di mana Mahsuri binti Pandak Maya dikuburkan di Pulau Langkawi, Kedah.
Ia terletak sekitar 12km dari Kuah dan terletak dalam kawasan kompleks Kota Mahsuri, Mukim Ulu Melaka. Cerita rakyat menyatakan Mahsuri dikuburkan di tempat dia melepaskan nafas terakhirnya selepas dia dihukum bunuh di Padang Mat Sirat.
Makam Mahsuri telah dibina semula dan dilengkapi dengan muzium, teater traditional dan rumah Kedah yang mewakili rumah binaan Langkawi yang popular ketika itu, dikatakan dibina di bekas tapak rumah Mahsuri. Sebuah perigi yang digelar perigi Mahsuri turut terdapat dalam kompleks tersebut.
Post oleh awesomecrew.

Comments

Popular posts from this blog

Tempat menarik di Kelantan - Zon Bebas Cukai Rantau Panjang

Pada artikel kali ini, kami ingin mendedahkan  review dan panduan di pusat membeli-belah yang boleh dikatakan paling popular di Kelantan, tidak lain dan tidak bukan adalah di pusat bebas cukai Rantau Panjang. Review ini adalah berdasarkan pengalaman dan pandangan penduduk setempat yang sememangnya sudah lali dengan pekan Rantau Panjang ini. Secara umumnya, nama Rantau Panjang memang tidak asing lagi memandangkan ia adalah tempat membeli belah yang tersohor di Kelantan. Dibuka seawal jam 8 pagi hingga 6 petang. Pada waktu cuti sekolah, pekan Rantau Panjang adalah antara yang paling sibuk dan paling sesak di Kelantan. Waktu puncak adalah antara jam 11 tengahari hingga 4 petang. Pasar inilah yang paling popular dan paling sesuai jika anda ingin membeli barangan yang murah dari negara jiran, Thailand. Apa yang boleh didapati? Barangan yang terdapat di sini adalah sama dengan barangan yang dijual di satu lagi tempat membeli belah lain iaitu di Pengkalan Kubor. Tetapi, di

Tempat menarik di Terengganu - Pantai Rantau Abang

Semasa menginap di salah sebuah chalet di Rantau Abang baru-baru ini, kami sekeluarga sempat mandi di pantai di sini. Ini adalah kali pertama kali kami singgah di pantainya walaupun berulang alik melalui jalan raya dari Kuala Terengganu – Kuantan. Sebelum ini kami hanya melihat pantai ini dari atas jalan raya sahaja, tetapi kali ini dapat merasai keindahan pantainya dan dapat pula mandi manda di sini dengan sepuas-puasnya. pantainya yang bersih dan landai... Sebenarnya saya akui, dalam banyak-banyak pantai yang saya singgah dan mandi, pantai Rantau Abang berbeza dari pantai yang lain. Bukan saya ingin mempromosi berlebih-lebihan, tetapi saya akui sendiri kerana pasir di pantai ini lain daripada lain. Pasirnya yang bersih, berwarna keemas-emasan dan kesat berbanding dengan pasir di pantai yang lain. Malah bentuk geografi di sini adalah berbentuk landai yang menyebabkan penyu mudah naik untuk bertelur. Dan ini menyebabkan kami berani untuk membenarkan anak-anak mandi di sini ker

Suasana kampung ber Hari Raya 2015

Dah sampai masa nak balik kampung untuk hari raya 2015 ni. Ingat nak ambil udara segar merasa suasana kampung yang memang tidak terkalah. Kampung masih belum tercemar kan, elok sangatlah kalau habiskan banyak masa kat kampung. Kalau dapat pemandangan-pemandangan yang cantik ok jugak ni. Kalau dapat suasana kampung macam gambar kat bawah ni pun best jugak. Ini boleh mengimbau kembali zaman kanak-kanak dulu kat suasana kampung.