Skip to main content

Posts

Showing posts from November, 2013

Pantai Teluk Senangin - Perak

Pantai Teluk Senangin - Korang pernah pegi ke tak? Ini kat Perak, biasa orang pergi Teluk Batik kan, ini dekat dengan Teluk Batik. Pantai cantik weh, orang pun tak ramai macam Teluk Batik tuh. TDF rekemen korang pergi kat sini, santai dengan famili. Nak makan pun senang jer, banyak kedai. Kalau tengok gambar-gambar kat bawah, ngancam sunset tuh. Romantik pun ada. Jadi ada kelapangan, silalah ke Pantai Teluk Senangin. Kalau korang pernah pergi ke Pantai Teluk Senangin, kongsi dengan TDF sikit pengalaman korang.

Port Dickson & Avillion Admiral Cove

Hujung minggu lepas, aku pergi lepak-lepak di Port Dickson, nak tenangkan minda skit sambil hirup udara masin tepi pantai nih, aku memang suka ke tepi pantai bermain ombak dan usha-usha apa yang patut. Dari Subang Jaya, dekat je nak ke Port Dickson ni, tak sempat nak boring dah sampai, bayar tol skit ( 2 tol ) follow sign board jer, sampai le tu. Lagi satu kat Port Dickson ni orang kata ikan bakar dia best? Iya ke? Sapa-sapa pernah ke Port Dickson mesti dah try ikan bakar kat sini. Kalau korang nak usha lagi, aku pernah  jalan-jalan kat tepi pantai  yang lain di Malaysia nih.  Lokasi Dan Review Avillion Port Dickson Tengok peta skit yang aku ambil dari cuti.my, senang je nak cari hotel dan resort kat Port Dickson nih, belambak sama ada dah penuh ke belum, tu jer. Lokasi Avillion Admiral Cove Port Dickson Kat sini tempat bot berlabuh rupanya sebab tepi kolam banyak bot di ikat kat sini Ni bilik yang aku duduk, ada kipas dan ekon tapi takde kapet.

Ikan Bakar Port Dickson

Sempena cuti sekolah lepas, TDF telah pergi jalan-jalan area Port Dickson dan Teluk Kemang.Dah lama tak makan ikan bakar best-best ni kan dan juga nak buat review tentang ikan bakar POrt Dickson plak kali nih untuk tatapan semua pembaca blog TDF. Kali ni TDF ke medan ikan bakar Majlis Perbandaran Port Dickson... amboi bunyi macam murah je kan, tengok dulu bawah tuh pengalaman TDF. Lokasi Medan Ikan Bakar Majlis Perbandaran Posrt Dickson Kedudukan medan ikan bakar ni  jauh sedikit dari Tiara Beach Resort ,jika anda jenis orang yg sanggup utk jalan-jalan cari makan ..boleh la cuba tempat ini .. dulu tempat ni dipanggil restoran nelayan,terletak di pelabuhan nelayan,berhadapan dgn perumahan kastam. Sebelum diubahsuai ..TDF dah beberapa kali makan di sini kerana ikan yg segar dan nasi lemak daun pisang yg ummmmmmphh! Cara hendak ke  MEDAN IKAN BAKAR ,MAJLIS PERBANDARAN PORT DICKSON   lebih kurang 20km dari Tiara Beach Resort. **ikut arrow merah hingga satu simpang yg ada signboar

Cherating

Cherating, satu nama yang tidak asing di negara ini kerana pantai itu merupakan lokasi utama pelancong domestik dan luar negara menghabiskan percutian mereka di tepi laut. Tidak hairanlah ramai pelancong memilih destinasi yang terletak dekat Kuantan, Pahang itu untuk bercuti. Faktor terdapat banyak jenis penginapan turut menggamit pelancong, antaranya Impiana Resort Cherating. Bertaraf empat bintang, Impiana Resort Cherating menjanjikan percutian menyeronokkan, selain menyajikan pemandangan Laut China Selatan yang terbentang luas. Untuk sampai ke sana, kita perlu memandu kira-kira 45 minit dari Kuantan. Dari Kuala Lumpur pula, perjalanan mengambil masa dua jam 30 minit dengan menempuh Lebuh Raya Pantai Timur (LPT), sebelum susur keluar di persimpangan Jabor. Pengurus Bahagian Penginapan Impiana Resort, Noraini Ahmad berkata, resort itu mempunyai kapasiti 104 bilik iaitu 56 bilik  deluxe , 40 bilik  superior deluxe  dan lapan  suite . Menurutnya, hiasan dalaman resort yang