Macam-macam isu sekarang ni yang boleh buat kita sedih, kecewa, gumbira dan dalam masa yang sama, tertekan. Isu paling hangat yang hero-hero bincangkan terutamanya di facebook, pastinya isu nasional tentang kenaikan itu dan ini. Minyak dah naik, GST ada yang dah mula buat dan bersedia untuk dirasai bersama, tol dengar khabarnya akan naik juga. Dalam pada tu, BR1M 3 pun dah mula boleh daftar online. Tadi singgah LHDN, ramai juga yang beratur ambil borang BR1M 3. Moga-moga lepaslah nak bayar atau beli apa yang patut.
Jangan layan emosi sangat! Nanti gemuk?
Kalau korang biasa putus cinta atau cinta kena reject, ada beberapa perkara biasanya orang yang putus cinta ni buat. Sama ada jalankan perintah berkurung dalam bilik atau lepaskan perasaan dengan cara-cara tertentu. Ada yang lepas putus cinta, lepas tu jatuh cinta lagi dan lagi dan lagi. Sampailah jumpa pasangan yang dirasakan sengam sehati sejiwa!
Lain orang putus cinta, ada yang makan saja kerjanya. Siang malam makan, makan dan makan lagi. Hingga tak sedor badan yang dulu kurus melidi sebab nak jaga penampilan diri, akhirnya menjadi berisi tanda makan hati! Jangan macam tu! Bunga bukan sekuntum, lebah bukan seekor. Banyak lagi bunga yang tengah belajar nak kembang. Banyak bunga lagi yang tengah kembang dan harum. Yang dah lama kembang, masih lagi harum pun banyak! Lebah pun bukan seekor, banyak lagi lebah yang tengah mencari bunga, usaha dan usaha. Bab lebah dan bunga ni, ambe citer lain bab yer. Ini bab lain…hehe
Guna petua LAJAKK untuk elak makan berlebihan!
Ada 5 cara yang kita boleh guna untuk kurangkan keinginan nafsu kita nak melantak ni. Tak kisahlah apa sebabnya, tapi penting untuk kita tahu caranya supaya jumlah kalori yang kita ambil tak terlebih banyak sangat berbanding apa yang badan kita perlu. Kalau lebih banyak, nanti lemak banyak. Sape susah nak kurus? Diri sendiri jugakkan?
Petua LAJAKK untuk sama-sama praktis!
1. Lambatkan – Lambatkan masa korang nak makan. Baru lepas makan 10 minit tadi, tetiba mulut rasa nak makan lagi. Senang. Lambatkan ke 30 minit lagi.
2. Alih perhatian – Senang cerita. Rasa nak makan lagi, buat kerja yang korang tak boleh buat kalau makan. Contohnya berlari. Mana ada boleh makan burger sambil berlari? Tak senonohkan?
3. JAuhkan diri – Maksudnya jauhkan diri korang dari sumber makanan. Duduk kat rumah memang merbahaya. Makanan dalam peti seperti memanggil untuk dijamah. Bahaya. Keluar rumah. Gi basuh kereta. Habis kereta sendiri, gi basuh kereta jiran pulak!
4. Kepentingan – Penting ke nak kena makan kali kedua walaupun baru makan 10 minit tadi? Kalau penting sangat dah, kalau tak makan boleh pengsan, sila makan. Jangan bertangguh. Makan jer tanpa rasa bersalah…
5. Kuantiti- Banyak mana yang nak dimakan. Paling bagus, makan dalam kuantiti sedikit, tapi banyak kali. Bukan makan banyak dan banyak kali! Tak betul tu…
Senangkan? Janji kena ada disiplin sikit untuk elak berat badan tiba-tiba naik. Almaklumlah, hidup penuh pancaroba. Hidup kena ceria, kalau makan boleh ceriakan hidup kita dan tak susahkan orang lain. Makanlah.
Kita makan untuk hidup. Bukannya hidup untuk makan. Betul tak?
Comments
Post a Comment