Selepas melalui perjalanan jauh dari Yogyakarta selama 8 jam, terus kami sekeluarga melawati tempat menarik di Bandung, Indonesia.
Tempat Menarik Di Bandung, Indonesia
1) Pasar Baru
Untuk hari pertama kami hanya singgah di Pasar Baru, Bandung.
Tempat ini merupakan salah satu tempat yang paling popular di Kota Bandung, Indonesia. Perempuan terutamanya ibu-ibu mesti suka dengan tempat ini.
Pasar baru ini menjual pelbagai barangan yang menarik dan sangat murah antaranya ialah tas tangan, Bagasi, kain batik, baju cap bandung dan banyak lagi. Tinggi Pasar baru adalah setinggi 6 tingkat.
Antara barangan harga yang saya ingat ialah tas tangan yang berharga RP50,000. Harga kesemuanya sama di kebanyakan kedai dalam pasar baru. Semuanya cantik-cantik belaka. Comform korang pening nak pilih sehingga berjam-jam di pasar baru.
Tempat ini agak penuh dengan orang terutamanya di hujung minggu, Pastikan alert dengan barang berharga seperti dompet ketika membeli-belah di pasar baru.
Dalam Pasar Baru ini juga terdapat orang yang akan mengikut korang dengan memaksa korang untuk membeli key chain. dan sebagainya. Terpulang untuk korang membeli ataupun tidak. Korang boleh tawar dengan harga yang mereka berikan.
2) Tangkuban Parahu
Untuk hari kedua pula, kami melawati beberapa tempat yang menarik di Bandung dengan menaiki kereta toyota Innova. Pemandu pula memang mesra dengan pelanggan.
Aktiviti ialah melawati tangkuban Parahu, Cibaduyut dan Toko Tiga.
kami sekeluarga pergi Gunung Tangkuban Parahu. Gunung tersebut sangat sejuk dan berbau busuk. Maka dengan itu, sediakan mask untuk mengelakkan terhidu bau yang busuk.
Di Tangkuban Parahu, kita akan dapat melihat kawah gunung berapi tersebut dengan kepulan asap dari kawah tersebut. Memang menakjubkan melihat pemandangan kawah tersebut yang mampu mengeluarkan lava sejauh 22 km serta boleh menghancurkan seluruh kawasan yang berhampiran dengan sekelip mata sahaja.
Bukan sahaja Gunung Ledang mempunyai sejarah tersendiri tetapi tidak terkecuali juga kisah Gunung Tangkuban Parahu. Tangkuban parahu yang bermaksud perahu yang terbalik mempunyai kisah tersendiri yang menarik.
Klik di sini untuk mengetahui kisah sebenar yang terjadi pada gunung Tangkuban Parahu.
Di atas Gunung Tangkuban Parahu turut menjual baju-baju, cenderahati dan sebagainya yang cantik.
3) Restaurant Simpang Raya
Sebelum meneruskan perjalanan ke Cibaduyut dan Toko tiga, singgah dahulu ke Restaurant Simpang raya yang menyediakan nasi padang kira macam Nasi campur.
Pelbagai menu yang disediakan dan hampir kesemuanya memang sedap. Tak semua restoran nasi padang sedap tapi untuk restoran ini memang sedap. Tak rugi untuk singgah ke sini.
4) Cibaduyut
Istimewanya Pekan Cibaduyut adalah terkenal dengan kedai yang penuh dengan jualan yang berasaskan kulit. Di sepanjang kedai tepi jalan penuh dengan barangan kulit.
Kulit sama ada beg, tas tangan, topi, kasut dan macam-macam lagi boleh didapati di Cibaduyut. harga juga boleh ditawar dengan harga yang murah sekali.
Senapang juga ada dijual. Senapang tersebut bukan senapang mainan tetapi betul-betul punya. Kalau dibeli dan dibawa balik ke Malaysia pasti akan ditangkap.
5) Toko Tiga
Selepas selesai membeli barangan di Cibaduyut, kami sekeluarga pergi pula ke kedai yang diberi nama Toko Tiga.
Toko tiga ini terkenal dengan jualan baju dan seluar jeans. Kedainya sangat besar, cantik serta disediakan tempat menunggu yang dipenuhi dengan air terjun buatan dan daun-daun yang cantik. Kira boleh dikatakan taman mini.
Harga pula bagi aku boleh dikatakan sama sahaja dengan harga jeans di Malaysia. Kebetulan pada masa itu, ada diskaun sehingga 40% sempena akhir tahun. Maka terus aku sambar 2 seluar jeans yang terdapat di sana.
Jangan minta ditawar dalam toko tiga pula. Harga adalah tetap. Kebanyakkan harga lebih dari RP 300,000 (RM110)
Hari Terakhir Di Bandung, Indonesia.
Hari ketiga, Sebelum kami berpatah balik ke yogyakarta, kami singgah dulu ke shopping complex yang berhampiran dengan hotel kami. Beli barangan yang tidak ada di Malaysia. Ada lagi satu bangunan turut menyediakan barangan elektronik seperti Lowyat.
Selesai sahaja membeli belah di shopping complex, kami pergi ke kedai sederhana Pesteur sama sahaja seperti restoran Simpang raya yang menyediakan nasi padang.
Seperti yang aku tulis sebelum ini, tak semua nasi padang sedap. Agak sedikit menghampakan untuk nasi padang di kedai sederhana Pesteur ini tapi boleh telanlah lauk-lauk semuanya. Cukup sekadar untuk mengisi perut. Much better Restoran Simpang Raya.
Banyak tempat menarik di Bandung, Indonesia antaranya trans studio, kebun strawberry, kawah putih, safari dan sebagainya. Tetapi masa yang agak singkat menjadi penghalang untuk ke sana. Kalau ada rezeki lagi, mungkin destinasi ke sana pula.
Sumber: http://www.adarain.com/
Comments
Post a Comment