Skip to main content

Cuti Di Perlis - Travel dan makan


Alhamdulillah dapat juga kita bersua hari ni, wah dah macam jumpa kata dalam TV pula hehehehe...Actually aku baru jer balik dari bercuti dengan Encik Suami di Perlis Indera Kayangan.

Pada mulanya my hubby nak ajak pi Thailand...alahai tak nak la aku, dengan keadaan sana yg masih kucar kacir, bom sana bom sini hish...tak nak la...lebih baik bercuti dalam Malaysia jer kan...:) Bukan aku takut mati, tapi kalau boleh elak dari bahaya itu kan lebih baik.

So pagi Sabtu tu, aku tak ke tuisyen, sebab cik abang nak bawa cik adik jalan2 kan hehehehe....Jam 9 pagi kami bertolak dari rumah, itu pun setelah selesai tanggungjawab ku pada anak2 buluss ku. Aku siapkan makan dia orang sampai esok harinya iaitu hari Ahad.



ruang santai
selesanya bilik

aku bergambar di sekitar kawasan penginapan


Ok kami pun sampai ke Perlis Indera Kayangan...suhu memang panas...kalau tak salah 33C la juga....Kami terus ke Padang Besar. Shopping apa yang patut sebelum chek in ker Resort yg suami ku tempah semalam. Aduhai aku punya la membeli sampai tak ingat nak balik...bukan apa kain baju murah2 la...seluar dengan baju tak sampai RM50 siapa tak nak kan...lagipun aku memang dah kehabisan baju yg baru...dah lama benar aku tak menyopping hehehehe...

So jam 12.30 tengah hari perut terasa lapar la pula...apa lagi kami pun makan la dulu, isi minyak kata orang kan hehehehe...Menu simple jer tom yam campur, telur dadar dan sayur kailan. and menu tambahan pula pulut ayam feveret mu hubby la tu...aku amik secubit jer isi ayam hehehehe....

Jom layan gambar2 nya....


pulut ayam

telur dadar

tom yam campur

sayur kailan

So jam 1.30 kami chek in kat Tasoh Lake Resort & Retreat. First time kami sampai ni. Memang mudah satu borang pun cik abang aku tak payah isi. Masuk jer kat reception, hubby cakap kata call buat tempahan semalam, terus pelayan tu bagi kunci dan hubby pun buat bayaran...oh sungguh mudah dan cepat.

Chalet kami bernombor 016. Not bad selesa dan sangat best, lokasi boleh dikatakan strategik depan tasek, permandangan yg mendamaikan dan sangat2 berbaloi. Kami pula yg rasa harga macam murah sangat. Tapi apa pun memang tempat ni sangat2 mendamaikan...si ap promote lagi tu hehehehe...

So esok nya kami chek out jam 10.30 pagi, masa nak balik tu kami singgah kejap ke Pasar Tani Mega...kat situ kami beli sarapan maklum lah belum sarapan pagi hehehehe...

Sedap juga bubur berlauk dengan udang sanggul serta popiah seafood tu...so cukup la aku celoteh setakat ni, nanti2 kita ngomel lago ok!!...



udang sanggul dengan popiah seafood

bubur berlauk
Nukilan : 

Comments

Popular posts from this blog

Tempat menarik di Kelantan - Zon Bebas Cukai Rantau Panjang

Pada artikel kali ini, kami ingin mendedahkan  review dan panduan di pusat membeli-belah yang boleh dikatakan paling popular di Kelantan, tidak lain dan tidak bukan adalah di pusat bebas cukai Rantau Panjang. Review ini adalah berdasarkan pengalaman dan pandangan penduduk setempat yang sememangnya sudah lali dengan pekan Rantau Panjang ini. Secara umumnya, nama Rantau Panjang memang tidak asing lagi memandangkan ia adalah tempat membeli belah yang tersohor di Kelantan. Dibuka seawal jam 8 pagi hingga 6 petang. Pada waktu cuti sekolah, pekan Rantau Panjang adalah antara yang paling sibuk dan paling sesak di Kelantan. Waktu puncak adalah antara jam 11 tengahari hingga 4 petang. Pasar inilah yang paling popular dan paling sesuai jika anda ingin membeli barangan yang murah dari negara jiran, Thailand. Apa yang boleh didapati? Barangan yang terdapat di sini adalah sama dengan barangan yang dijual di satu lagi tempat membeli belah lain iaitu di Pengkalan Kubor. Tetapi...

Suasana kampung ber Hari Raya 2015

Dah sampai masa nak balik kampung untuk hari raya 2015 ni. Ingat nak ambil udara segar merasa suasana kampung yang memang tidak terkalah. Kampung masih belum tercemar kan, elok sangatlah kalau habiskan banyak masa kat kampung. Kalau dapat pemandangan-pemandangan yang cantik ok jugak ni. Kalau dapat suasana kampung macam gambar kat bawah ni pun best jugak. Ini boleh mengimbau kembali zaman kanak-kanak dulu kat suasana kampung.

Tempat menarik Langkawi - Dataran Helang & Kampung Kristal

Dataran Helang merupakan mercu tanda Langkawi dan juga merupakan tugu tumpuan pelancong yang terkemuka di pulau  Langkawi ,  Malaysia . Ia merupakan patung  helang  setinggi 12 meter yang menggambarkan Lang yang dari mana Langkawi mendapat namanya. Kedudukan patung Lang gergasi ini terletak bersebelahan dengan pelantar jeti Kuah, dengan sayap berkepak sedia untuk menyusur keudara menjadikannya satu pemandangan yang mengkagumkan bagi para pelancong sedia untuk mendarat di  pulau  ini. Rakyat tempatan mencatatkan helang sebagai satu simbol di mana nama langkawi berasal “Lang” adalah sama atau dikata singkatan “helang” manakala “kawi” bermaksud perang merah di zaman  Melayu  purba. Pada malam, seluruh dataran diterangkan dengan lampu. Dari laut, panorama adalah menakjubkan. Suasana malam sungguh menggasyikkan dengan cahaya lampu daripada  kapal  yang berlabuh. Kampung Kristal  di  Pulau Reba...