Skip to main content

Cuti KL - Aquaria KLCC

Minggu lepas tak balik kampung Sg Besar mahupun Temerlove, jadi aktiviti hujung minggu dihabiskan bersama keluarga tercenta..cewahh..Kengkonon nak duduk rumah jer, tapi takde maknanyer..Bayangkanlah kalau dah tiap2 minggu gi jalan, bila duk rumah memang bosan tahap gaban..

Hari Jumaat tu bonus masuk..yihaaa, walaupon bonus secotet jer, takdelah banyak sangat cam orang lain yang 5, 6 bulan tu tapi syukur alhamdulillah..adelah jugak daripada takder kan..Hari sabtu tu memang plan nak bawak Qayyum gi jalan kat Aquaria KLCC..sy dengan kereta standard pon tak pernah gi sini lagi..


Tempat pon taktau kat mana..Belasah jelah jalan sambil tengok signboard..Akhirnya sampai jugak, nampak parking kosong terus zass parking kereta..Kitorang sampai dalam pukul 12 tengahari la lebih kurang..




Budak Qayyum ni kan memang pemalas nak bejalan sendiri..Daripada letih nak dukung dia karang, better angkut jer stroller ni kesana kemari..Kasut pon taknak pakai, sebenarnya kasut dia tu besar sikit..jadi bila dia mengamuk memang tertanggal la kasut tu dari kaki..Haritu beli main agak2 jer, sekali terbeli besar sangatla pulak..




Harga tiket adalah seperti di bawah..

RM38 untuk dewasa..
RM28 untuk kanak-kanak berumur 3 -12 tahun..
Tiket Qayyum free jer sebab bawah 3 tahun..
Boleh tahan mahal jugakla kan harga tiket Aquaria ni..




Ni pulak map Aquaria ni, ada 2 tingkat jer..
Kalau bawak stroller boleh turun guna lift..sebab tangga dia pusing2 nak turun bawah tu..




Mula2 skali masuk dalam nampak ikan piranha..
Tapi apesal cam tak berapa menakutkan pon macam dalam filem tu..
Tunggu jugak nak tengok gigi ikan piranha ni tapi non-hado jer..
Elok jer ikan tu berenang2 dengan gembira kat dalam aqurium neh..
Cuma kaler ikan ni buruk jelah..hitam je kan..




Kat dalam ni agak gelap sikit, lepas tu camera dilarang guna flash..
Jadi banyak gambar yang bergegar dan tak jadi sebab gelap..almaklumlah camera dah season kan..




Qayyum tak berapa memberangsangkan sangatla dalam ni..
Takde mood kot, senyap jer..
Bila suruh sentuh aquarium tu, dia boleh mengamuk pulak..
Ikan pon takut kerr..
Hadoii la ini budak..
Mak bapaknyer pulak yang over excited menjelajah dalam Aquaria ni..




Bila masuk kat area aquarium besar tu barulah dengan suara dia jerit2 sikit..
Baru excited kot tengok ikan besar berenang2 kat atas kepala...
Aquaria ni kecik jer sebenarnya..
Pusing2..eh, tetiba dah habis ker..
Takdelah best sangat pon, tapi oklah jugak bawak anak2 explore benda baru..




Kat dalam ni ada kedai souvenir, kereta standard ada beli fridge magnet..
Lepas tu kitorang beli jugak gambar kenang2an kat Aquaria ni..






Ni gambar dari photographer Aquaria KLCC tu..
Tapi gambar sy dengan kereta standard apesal cam tak berapa romantik sangatla pulak kan..hehe
Satu set ni RM50..
Tapi takder frame, kalau nak frame harga lainla pulak..






Fridge magnet yang penyu dengan ikan jerung tu la yang kereta standard beli kat Aquaria KLCC..RM9.90 satu..
Susun magnet ni tinggi2 sikit sebab kalau Qayyum masuk dapur memang dia kutip buat main..
Kalau main elok2 takpe jugak, ini tak..dia buat baling2 pulak..
Ada 3,4 yang dah pecah sebab terjatuh..
Sayang tau sebab ada setengah2 tu officemate dan kawan2 yang bagi..




Lepas jer habis jalan kat Aquaria, kitorang gi jalan kat KLCC pulak..
Masa ni ada pc fair tapi tak pergi pon..malas..
Kereta standard pon macam tak berminat nak pegi, so baik tak payah..




Sampai jer KLCC, sy teringin nak rasa Moo Cow punyer frozen yogurt..
Selalu asyik makan tutti fruitti jer kan..kali ni nak rasa yang lain pulak..
Lokasi Moo Cow ni kat area floor bawah tu jer..betul2 kat depan Isetan.. 




Menu dia macam ni jer..
Tak banyak choice flavour sangat..




Macam comel jer lembu tu kan..
Order satu jer dulu, just nak rasa..
Kang beli sorang satu, kalau tak sedap dah rugi..




Sy ambik topping oreo & pumkin seed..
Tak perasan pulak sy moo cow ni ada berapa flavour..
Tp yang ni macam original flavour jer..
Apa yang boleh sy katakan adalah tutti frutti lagi sedapppp dr moo cow ni..


Kitorang pusing kat area centre floor tu jer..
Lepas tu macam bosan jer..
Kitorang decide nak terus balik jer..
Jalan dah la boleh tahan jauh jugak sebab kan kitorang park kereta kat Aquaria, so terpaksala patah balik ke sana..


Lokasi seterusnya adalah Jusco Wangsa Maju..
Ingatkan nak makan pizza tapi kat jusco takde pizza la pulak..
Just jalan2, beli tako dengan roti..
Lepas tu engok drypers pon murah jugak terus beli untuk Qayyum..
Pusing2, takde benda pon..just jalan2 cuci mata sahaja..


Kereta standard tetap nak makan pizza hut so kitorang pon singgah pizza hut kat area Wangsa Walk tu..
Masa ni dah jam 4 petang, memula memang lapar tapi sebab dah makan tako yang beli kat jusco tu jadi dah kurang lapar sikit..




Kat dalam pizza hut ni memang menguji kesabaran sikit..
Budak Qayyum ni boleh buat perangai pulak nak main air..
Papa dia pulak order set pizza yang air ice lemon tea, tak boleh nak tukar pulak tu..
Sy risau dia sakit perut jer minum air masam tu banyak2..
Bila tak bagi apa lagi, melalak la siap ketuk2 sudu garfu kat meja..
Hadoi..




Makan cepat2 terus gerak balik..
Tak sanggup dah nak tunggu lama2..
Mood dia memang tak berapa ok hari sabtu tu, tak tahula sebab apa..
Masa bangun pagi tengok macam ok jer..

Sekian cuti2 kitorang pada hari sabtu lepas..
Hari ahad gi jalan tempat lain pulak..
Nanti esok sy update entry tu..

Sumber\

Comments

Popular posts from this blog

Tempat menarik di Kelantan - Zon Bebas Cukai Rantau Panjang

Pada artikel kali ini, kami ingin mendedahkan  review dan panduan di pusat membeli-belah yang boleh dikatakan paling popular di Kelantan, tidak lain dan tidak bukan adalah di pusat bebas cukai Rantau Panjang. Review ini adalah berdasarkan pengalaman dan pandangan penduduk setempat yang sememangnya sudah lali dengan pekan Rantau Panjang ini. Secara umumnya, nama Rantau Panjang memang tidak asing lagi memandangkan ia adalah tempat membeli belah yang tersohor di Kelantan. Dibuka seawal jam 8 pagi hingga 6 petang. Pada waktu cuti sekolah, pekan Rantau Panjang adalah antara yang paling sibuk dan paling sesak di Kelantan. Waktu puncak adalah antara jam 11 tengahari hingga 4 petang. Pasar inilah yang paling popular dan paling sesuai jika anda ingin membeli barangan yang murah dari negara jiran, Thailand. Apa yang boleh didapati? Barangan yang terdapat di sini adalah sama dengan barangan yang dijual di satu lagi tempat membeli belah lain iaitu di Pengkalan Kubor. Tetapi, di

Tempat menarik di Terengganu - Pantai Rantau Abang

Semasa menginap di salah sebuah chalet di Rantau Abang baru-baru ini, kami sekeluarga sempat mandi di pantai di sini. Ini adalah kali pertama kali kami singgah di pantainya walaupun berulang alik melalui jalan raya dari Kuala Terengganu – Kuantan. Sebelum ini kami hanya melihat pantai ini dari atas jalan raya sahaja, tetapi kali ini dapat merasai keindahan pantainya dan dapat pula mandi manda di sini dengan sepuas-puasnya. pantainya yang bersih dan landai... Sebenarnya saya akui, dalam banyak-banyak pantai yang saya singgah dan mandi, pantai Rantau Abang berbeza dari pantai yang lain. Bukan saya ingin mempromosi berlebih-lebihan, tetapi saya akui sendiri kerana pasir di pantai ini lain daripada lain. Pasirnya yang bersih, berwarna keemas-emasan dan kesat berbanding dengan pasir di pantai yang lain. Malah bentuk geografi di sini adalah berbentuk landai yang menyebabkan penyu mudah naik untuk bertelur. Dan ini menyebabkan kami berani untuk membenarkan anak-anak mandi di sini ker

Suasana kampung ber Hari Raya 2015

Dah sampai masa nak balik kampung untuk hari raya 2015 ni. Ingat nak ambil udara segar merasa suasana kampung yang memang tidak terkalah. Kampung masih belum tercemar kan, elok sangatlah kalau habiskan banyak masa kat kampung. Kalau dapat pemandangan-pemandangan yang cantik ok jugak ni. Kalau dapat suasana kampung macam gambar kat bawah ni pun best jugak. Ini boleh mengimbau kembali zaman kanak-kanak dulu kat suasana kampung.