Skip to main content

Masjid Kristal Taman Tamadun Islam Kuala Terengganu

Kami sekeluarga menziarahi masjid kristal selepas melawat Taman Monumen di Taman Tamadun Islam pada bulan lepas. Cerita tentang ziarah di masjid itu terpaksa dilewatkan kerana kekurangan gambar dan gambar yang diambil semasa lawatan tersebut kurang memuaskan kerana beberapa perkara yang tidak dapat dielakkan. Selepas gambar tersebut diedit, saya rasa kali ini sesuai untuk dimasukkan ceritanya di dalam blog pada hari ini.

Masjid Kristal sebuah masjid yang menarik dan bercirikan teknologi moden


panorama di waktu pagi di Masjid Kristal (matahari sedang naik)

kanak-kanak bergambar di Masjid Kristal (kurang jelas)

Masjid Kristal merupakan sebuah masjid yang terletak dalam kawasan pelancongan Taman Tamadun Islam di Pulau Wan Man, Terengganu. Masjid Kristal ini juga dianggap ikon kepada Taman Tamadun Islam. Masjid ini dibina daripada kaca dan keluli, masjid pintar pertama di Malaysia dan mempunyai keluasan 2,146 meter persegi. Masjid ini boleh memuatkan 700 jemaah pada satu-satu masa dan dilengkapi dengan prasarana teknologi maklumat dan liputan WiFi yang membolehkan pengunjung menggunakan kemudahan akses internet bagi membaca al-Quran elektronik.

gambar gelap yang telah diedit

Masjid Kristal ini lebih cantik dan menarik di waktu malam kerana warna lampunya pada kubah masjid akan berubah dalam beberapa saat dan berselang seli. Disebabkan masalah cuaca, keadaan gelap dan peralatan yang kurang canggih gambar yang diambil terlalu gelap dan tidak nampak kecantikan di depan mata. Jika anda ingin merasai sendiri kecantikan masjid ini pada waktu malam, di sini turut disediakan rumah tetamu. Rumah tetamu ini dibina berdekatan dengan Masjid Kristal dan bersebelahan dengan laut serta yang menawarkan sewa/harga yang berpatutan. Selain daripada dapat menikmati keindahan malam di sini, kita turut boleh beramal ibadah di dalam masjid ini dengan lebih tenang. 


panorama indah dengan cahaya lampu pada kubahnya akan berubah-rubah warnanya pada waktu malam (kurang jelas)

rumah tetamu yang berhampiran dengan Masjid Kristal

Buat pengetahuan pengunjung blog, Masjid Kristal ini telah dirasmikan oleh Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi. Yang Di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin bersama-sama Raja Permaisuri Agong, Tuanku Nur Zahirah telah berkenan berangkat ke Majlis Perasmian Masjid Kristal di Pulau Wan Man, Kuala Terengganu pada 8 Februari 2008.

sumber

Comments

Popular posts from this blog

Tempat menarik di Kelantan - Zon Bebas Cukai Rantau Panjang

Pada artikel kali ini, kami ingin mendedahkan  review dan panduan di pusat membeli-belah yang boleh dikatakan paling popular di Kelantan, tidak lain dan tidak bukan adalah di pusat bebas cukai Rantau Panjang. Review ini adalah berdasarkan pengalaman dan pandangan penduduk setempat yang sememangnya sudah lali dengan pekan Rantau Panjang ini. Secara umumnya, nama Rantau Panjang memang tidak asing lagi memandangkan ia adalah tempat membeli belah yang tersohor di Kelantan. Dibuka seawal jam 8 pagi hingga 6 petang. Pada waktu cuti sekolah, pekan Rantau Panjang adalah antara yang paling sibuk dan paling sesak di Kelantan. Waktu puncak adalah antara jam 11 tengahari hingga 4 petang. Pasar inilah yang paling popular dan paling sesuai jika anda ingin membeli barangan yang murah dari negara jiran, Thailand. Apa yang boleh didapati? Barangan yang terdapat di sini adalah sama dengan barangan yang dijual di satu lagi tempat membeli belah lain iaitu di Pengkalan Kubor. Tetapi...

Suasana kampung ber Hari Raya 2015

Dah sampai masa nak balik kampung untuk hari raya 2015 ni. Ingat nak ambil udara segar merasa suasana kampung yang memang tidak terkalah. Kampung masih belum tercemar kan, elok sangatlah kalau habiskan banyak masa kat kampung. Kalau dapat pemandangan-pemandangan yang cantik ok jugak ni. Kalau dapat suasana kampung macam gambar kat bawah ni pun best jugak. Ini boleh mengimbau kembali zaman kanak-kanak dulu kat suasana kampung.

Tempat menarik Langkawi - Dataran Helang & Kampung Kristal

Dataran Helang merupakan mercu tanda Langkawi dan juga merupakan tugu tumpuan pelancong yang terkemuka di pulau  Langkawi ,  Malaysia . Ia merupakan patung  helang  setinggi 12 meter yang menggambarkan Lang yang dari mana Langkawi mendapat namanya. Kedudukan patung Lang gergasi ini terletak bersebelahan dengan pelantar jeti Kuah, dengan sayap berkepak sedia untuk menyusur keudara menjadikannya satu pemandangan yang mengkagumkan bagi para pelancong sedia untuk mendarat di  pulau  ini. Rakyat tempatan mencatatkan helang sebagai satu simbol di mana nama langkawi berasal “Lang” adalah sama atau dikata singkatan “helang” manakala “kawi” bermaksud perang merah di zaman  Melayu  purba. Pada malam, seluruh dataran diterangkan dengan lampu. Dari laut, panorama adalah menakjubkan. Suasana malam sungguh menggasyikkan dengan cahaya lampu daripada  kapal  yang berlabuh. Kampung Kristal  di  Pulau Reba...