Skip to main content

One City Subang Jaya

Korang pernah dengar One City Subang Jaya tak? Ini satu lagi tempat shopping dan lepak kat Subang Jaya, baru buka beberapa bulan lepas walaupun tak siap sepenuhnya. Masih ada lagi kedai-kedai yang belum siap dan masih banyak yang kosong. Pstt kat sini ada panggung wayang Cinema X, sesuai sangat untuk kaki wayang nih. Untuk penduduk kawasan USJ, Puchong, Alam Megah Shah Alam dan Putra Heights, boleh le jenguk-jenguk kat sini sebab dekat dgn tempat korang.

Sky Park


Pe benda nih? Ini tingkat 10 One City di mana korang boleh naik guna lif laa... kat tingkat 10 nih ada tempat makan yang santai sebab view dia boleh tahan. Nampak Puchong, USJ dan Putra Heights. Angin kuat ooo.. tingkat 10 katakan. Dan yang unik nya, lantai tingkat 10 ni adalah kaca? Maknanya korang boleh nampak ground floor celah kaki korang dari tingkat 10  nih. Gayat ooo... pasti gayat, budak kecik pun gayat, tak boleh nak melangkah.

Jom layan gambat One City skit:













Enjoy!

Comments

Popular posts from this blog

Tempat menarik di Kelantan - Zon Bebas Cukai Rantau Panjang

Pada artikel kali ini, kami ingin mendedahkan  review dan panduan di pusat membeli-belah yang boleh dikatakan paling popular di Kelantan, tidak lain dan tidak bukan adalah di pusat bebas cukai Rantau Panjang. Review ini adalah berdasarkan pengalaman dan pandangan penduduk setempat yang sememangnya sudah lali dengan pekan Rantau Panjang ini. Secara umumnya, nama Rantau Panjang memang tidak asing lagi memandangkan ia adalah tempat membeli belah yang tersohor di Kelantan. Dibuka seawal jam 8 pagi hingga 6 petang. Pada waktu cuti sekolah, pekan Rantau Panjang adalah antara yang paling sibuk dan paling sesak di Kelantan. Waktu puncak adalah antara jam 11 tengahari hingga 4 petang. Pasar inilah yang paling popular dan paling sesuai jika anda ingin membeli barangan yang murah dari negara jiran, Thailand. Apa yang boleh didapati? Barangan yang terdapat di sini adalah sama dengan barangan yang dijual di satu lagi tempat membeli belah lain iaitu di Pengkalan Kubor. Tetapi...

Suasana kampung ber Hari Raya 2015

Dah sampai masa nak balik kampung untuk hari raya 2015 ni. Ingat nak ambil udara segar merasa suasana kampung yang memang tidak terkalah. Kampung masih belum tercemar kan, elok sangatlah kalau habiskan banyak masa kat kampung. Kalau dapat pemandangan-pemandangan yang cantik ok jugak ni. Kalau dapat suasana kampung macam gambar kat bawah ni pun best jugak. Ini boleh mengimbau kembali zaman kanak-kanak dulu kat suasana kampung.

Tempat menarik Langkawi - Dataran Helang & Kampung Kristal

Dataran Helang merupakan mercu tanda Langkawi dan juga merupakan tugu tumpuan pelancong yang terkemuka di pulau  Langkawi ,  Malaysia . Ia merupakan patung  helang  setinggi 12 meter yang menggambarkan Lang yang dari mana Langkawi mendapat namanya. Kedudukan patung Lang gergasi ini terletak bersebelahan dengan pelantar jeti Kuah, dengan sayap berkepak sedia untuk menyusur keudara menjadikannya satu pemandangan yang mengkagumkan bagi para pelancong sedia untuk mendarat di  pulau  ini. Rakyat tempatan mencatatkan helang sebagai satu simbol di mana nama langkawi berasal “Lang” adalah sama atau dikata singkatan “helang” manakala “kawi” bermaksud perang merah di zaman  Melayu  purba. Pada malam, seluruh dataran diterangkan dengan lampu. Dari laut, panorama adalah menakjubkan. Suasana malam sungguh menggasyikkan dengan cahaya lampu daripada  kapal  yang berlabuh. Kampung Kristal  di  Pulau Reba...