Skip to main content

Pantai Kelulut Marang Terengganu

Perjalanan pulang ke kampung pada cuti hari raya kali ini amat menyeronokkan kerana selain daripada pulang ke kampung, kami turut singgah ke beberapa tempat yang menarik untuk dikongsi dengan pengunjung blog ini.

Pantai Peranginan Kelulut

Artikel kali ini saya ingin menceritakan sebuah pantai yang amat terkenal dan terletak di antara Marang dan Rantau Abang. Pantai ini terletak di laluan utama Kuantan – Kuala Terengganu. Pantai tersebut merupakan sebuah pantai berpasir yang ideal untuk berenang dan berjemur. Pengunjung ke pantai ini akan terpesona oleh keindahan alam dan ketenangan apabila berada di sini.Pohon kelapa dan ru yang membentang di sepanjang pantai menyediakan tempat persembunyian yang baik bagi pecinta alam.

antara keindahan di pantai ini

Pantai Kelulut unik kerana pasir keemasan yang luas membentuk bentangan yang luar biasa dan air lautnya yang jernih. Keadaan ini memukau kepada sesiapa sahaja yang berada di sini. Selain daripada itu, pantai ini turut dibina dengan pelbagai kemudahan, antaranya pentas awam, tandas, taman permainan dan wakaf-wakaf untuk beristirehat. Kemudahan yang dibina ini akan memudahkan dan menarik minat pengunjung untuk singgah ke sini. Kepada pengunjung yang ingin bermalam di sini turut disediakan tempat penginapan yang berpatutan harganya.


antara kemudahan yang ada di pantai ini

Comments

Popular posts from this blog

Tempat menarik di Kelantan - Zon Bebas Cukai Rantau Panjang

Pada artikel kali ini, kami ingin mendedahkan  review dan panduan di pusat membeli-belah yang boleh dikatakan paling popular di Kelantan, tidak lain dan tidak bukan adalah di pusat bebas cukai Rantau Panjang. Review ini adalah berdasarkan pengalaman dan pandangan penduduk setempat yang sememangnya sudah lali dengan pekan Rantau Panjang ini. Secara umumnya, nama Rantau Panjang memang tidak asing lagi memandangkan ia adalah tempat membeli belah yang tersohor di Kelantan. Dibuka seawal jam 8 pagi hingga 6 petang. Pada waktu cuti sekolah, pekan Rantau Panjang adalah antara yang paling sibuk dan paling sesak di Kelantan. Waktu puncak adalah antara jam 11 tengahari hingga 4 petang. Pasar inilah yang paling popular dan paling sesuai jika anda ingin membeli barangan yang murah dari negara jiran, Thailand. Apa yang boleh didapati? Barangan yang terdapat di sini adalah sama dengan barangan yang dijual di satu lagi tempat membeli belah lain iaitu di Pengkalan Kubor. Tetapi...

Suasana kampung ber Hari Raya 2015

Dah sampai masa nak balik kampung untuk hari raya 2015 ni. Ingat nak ambil udara segar merasa suasana kampung yang memang tidak terkalah. Kampung masih belum tercemar kan, elok sangatlah kalau habiskan banyak masa kat kampung. Kalau dapat pemandangan-pemandangan yang cantik ok jugak ni. Kalau dapat suasana kampung macam gambar kat bawah ni pun best jugak. Ini boleh mengimbau kembali zaman kanak-kanak dulu kat suasana kampung.

Tempat menarik Langkawi - Dataran Helang & Kampung Kristal

Dataran Helang merupakan mercu tanda Langkawi dan juga merupakan tugu tumpuan pelancong yang terkemuka di pulau  Langkawi ,  Malaysia . Ia merupakan patung  helang  setinggi 12 meter yang menggambarkan Lang yang dari mana Langkawi mendapat namanya. Kedudukan patung Lang gergasi ini terletak bersebelahan dengan pelantar jeti Kuah, dengan sayap berkepak sedia untuk menyusur keudara menjadikannya satu pemandangan yang mengkagumkan bagi para pelancong sedia untuk mendarat di  pulau  ini. Rakyat tempatan mencatatkan helang sebagai satu simbol di mana nama langkawi berasal “Lang” adalah sama atau dikata singkatan “helang” manakala “kawi” bermaksud perang merah di zaman  Melayu  purba. Pada malam, seluruh dataran diterangkan dengan lampu. Dari laut, panorama adalah menakjubkan. Suasana malam sungguh menggasyikkan dengan cahaya lampu daripada  kapal  yang berlabuh. Kampung Kristal  di  Pulau Reba...