Untuk mengisi aktiviti sempena cuti sekolah selain dari balik kampung kali ini kita Cameron Highland(CH). Cuti yang ini memang betul-betul singkat, hanya sehari semalam sahaja. Kami naik hari Jumaat petang (18/3), turun pada lewat petang keesokkan harinya. Walaupun terlalu singkat, saya puas hati sebab ini merupakan kunjungan pertama saya, en. hubby dan juga anak-anak.
Petang Jumaat bertolak dalam jam 5 petang kemudian singgah Shah Alam dulu ambil maksu. Disebabkan masih dalam minggu cuti persekolahan dan ditambah pula waktu itu adalah petang Jumaat maka jalanraya mahupun lebuhraya adalah sangat-sangat sesak. Itu adalah antara punca kelewatan kami sampai ke CH. Kami naik melalui Simpang Pulai dan waktu itu hari sudah pun malam dan gelap gelita. Memang saya rasa sangat mendebarkan hihihi.... dalam hati tidak putus-putus berdoa agar kami sampai dengan selamat.... insyaallahhh... Rupanya, jauh jugakan naik ke atas sana, lagipun memandu di waktu malam ni sambil melalui jalan yang berliku haruslah lebih berhati-hati.
Akhirnya....kami sampai di pekan Berinchang lebih kurang jam 10 malam. Syukur alhamdulillahhhh. Memandangkan sudah agak lewat dan pasar malamnya pun sudah hampir ditutup maka cukup sekadar singgah isi minyak dan beli makanan sahaja di Berinchang. Perjalanan belum sampai ke destinasi yang sebenarnya iaitu ke Liliy Homestay di Kg. Taman Sedia. Agak risau sebab harus mencari lokasinya ditambah dengan waktu malam ni kannn... Hampir jam 11 malam baru kami jumpa homestay yang dimaksudkan, itupun setelah beberapa panggilan telefon dibuat memohon bantuan penunjuk arah.
Sementara ibu dan maksu pergi beli makanan, abah pula isi minyak kereta. Sempat lagi budak berdua ni berposing... Waktu ini cuaca sangat sejuk dan dingin sebab hujan.
Tiba-tiba ultraman muncul di tanah tinggu CH. Buzzzzz!!!Inilah kerja anak-anak sebaik sampai rumah penginapan. Asyiklah dok mencuba sarung tangan dan 'snow cap' yang baru dibeli. Sebenarnya maknya pun sama juga, tapi gambar disembunyikan hehehe...
Si abang pun sama sahaja.Eh! maksu pun? Nasib maksu pakai sarung tangan sahaja ahaks! Tapi malam itu memang semua tidur pakai sarung tangan dan sarung kaki. Tidak dapat menahan kesejukan yang mencengkam. Air paip pun rasa macam air dari dalam peti sejuk... gigillll... Bangun esoknya, memang mengeliat saja semua hendak mandi. Mujur ada air panas. Tapi yang pelik si adik boleh tahan mandi air sejuk, memang dia tak nak mandi air panas langsung.
Pagi-pagi menjenguk keluar, masih hujan. Namun pemandangannya.... masyaallah sangat indah dan mendamaikan. Semua sudah tidak sabar hendak berjalan-jalan. Biar hujan... kita kasi redah. Satu hari suntuk ini harus dimanfaatkan sebaiknya.
Pernah dengar buah cinta? Inilah buahnya. Pokoknya tumbuh subur di hadapan rumah yang kami inap. Kecoh si adik bila dengar buah cinta... sibuk pula bertanya..." buah cinta?", 'cinta dengan siapa pulak?"......"kenapa pula buah tu bercinta?"... eh! tiba-tiba... ada sahaja budak kecil ni.
Comments
Post a Comment