Skip to main content

Pantai Batu Burok Terengganu Aku Datang!

Cuti Terengganu - Minggu lepas saya nak keluarga pegi cuti di terengganu. Subang Jaya ke Kuala Terengganu dalam 6 jam. Karak highway - lebuhraya pantai timur - keluar jabor - kemaman - masuk balik lebuh raya pantai timur kat Bukit Besi - exit Kuala Terengganu. LPT belum siap sepenuhnya sebab keluar masuk LPT tuh. Masuk free je, takde tol lagih. Kalau ikut jalan lama tepi pantai lagi best, boleh tengok-tengok pantai kat terengganu - bawak kereta rilek jer baru lah cuti kan. Sebelum ni saya pernah beberapa kali ke Terengganu - The Legend Cherating dan Awana Kijal Golf Resort And Spa. Ini projek cuti sekolah saya dan keluarga.

Cuti Terengganu - Ri Yaz Heritage Resort


Sanpai Kuala Terengganu, cari resort dulu yag dah di tempah awal-awal lagi kat agoda.com ( tak pasti ini harga yang terbaik ke tak ) sebab dah last minit baru nak cari hotel. Kebanyakkan dah penuh. Bagi saya, Primula Hotel terbaik sebab dekat pantai Batu Burok - jalan kaki ajer.





Tip Bercuti di Ri Yaz Heritage Resort Dan Terengganu

1. Minum pagi kat Ri Yaz Heritage Resort ni kena awal sikit, pukul 8 pagi ke sebab nasi dagang cepat habis. Tak sempat nak merasa nasi dagang kat resort nih. Kesian saya. Ada akak tuh, siap marah-marah, ilek ler sapa suruh lambat. Nasi dagang tu feveret guest nak try walaupun tak tahu best ke tidak.




2. Kalau nak beli keropok lekor, saya tak tahu anak rekemen kedai mana. Tapi rasanya sama je cuma sos tu je yang lain. Ikut selera masing-masing ler. Kalau keropok ikan biasa, beli le yang ada cop terengganu sebab walaupun kita kat Terengganu, produk-produk jualan ni ada yang datang dari tempat lain.




3. Tempat makan malam - warong katana. Yang ni saya rekemenkan. Tempatnya bersih baru 2 tahun beroperasi. Nama je warong tapi sebenarnya restoran - menu masakan panas cam tomyam dan ikan 3 rasa tuh. Time-time cuti orang ramai, kena pegi awal sikit kalau tak memang lama menunggu - lebih 40 minit! Sanggup ke?


Harga makanan warong Katana


4. Sebelum cuti ke Terengganu, buat list dulu tempat mana nak pegi jalan mengikut lokasi - baru le jimat masa kan. Buat survey dulu tempat-tempat menarik di Kuala Terengganu seperti Masjid Kristal, Masjid Terapung, Pantai Batu Burok, Pantai Kelulut Marang, Rantau Abang dan sebagainya.






5. Jangan masuk highway kay Jabor LPT lambat sangat seperti lepas maghrib ke sebab masa cuti sekolah ni jalan jem. Terkena dari lepas tol LPT ke tol Gombak, pukul 1 pagi baru sampai rumah.

Itu lah sedikit tip dari saya sempena cuti di Terengganu - tempat menarik, orangnya baik-baik. Bercutilah di dalam negara kita - Visit Malaysia Year 2014.

* Ngantuk lagi nih.

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Tempat menarik di Kelantan - Zon Bebas Cukai Rantau Panjang

Pada artikel kali ini, kami ingin mendedahkan  review dan panduan di pusat membeli-belah yang boleh dikatakan paling popular di Kelantan, tidak lain dan tidak bukan adalah di pusat bebas cukai Rantau Panjang. Review ini adalah berdasarkan pengalaman dan pandangan penduduk setempat yang sememangnya sudah lali dengan pekan Rantau Panjang ini. Secara umumnya, nama Rantau Panjang memang tidak asing lagi memandangkan ia adalah tempat membeli belah yang tersohor di Kelantan. Dibuka seawal jam 8 pagi hingga 6 petang. Pada waktu cuti sekolah, pekan Rantau Panjang adalah antara yang paling sibuk dan paling sesak di Kelantan. Waktu puncak adalah antara jam 11 tengahari hingga 4 petang. Pasar inilah yang paling popular dan paling sesuai jika anda ingin membeli barangan yang murah dari negara jiran, Thailand. Apa yang boleh didapati? Barangan yang terdapat di sini adalah sama dengan barangan yang dijual di satu lagi tempat membeli belah lain iaitu di Pengkalan Kubor. Tetapi, di

Tempat menarik di Terengganu - Pantai Rantau Abang

Semasa menginap di salah sebuah chalet di Rantau Abang baru-baru ini, kami sekeluarga sempat mandi di pantai di sini. Ini adalah kali pertama kali kami singgah di pantainya walaupun berulang alik melalui jalan raya dari Kuala Terengganu – Kuantan. Sebelum ini kami hanya melihat pantai ini dari atas jalan raya sahaja, tetapi kali ini dapat merasai keindahan pantainya dan dapat pula mandi manda di sini dengan sepuas-puasnya. pantainya yang bersih dan landai... Sebenarnya saya akui, dalam banyak-banyak pantai yang saya singgah dan mandi, pantai Rantau Abang berbeza dari pantai yang lain. Bukan saya ingin mempromosi berlebih-lebihan, tetapi saya akui sendiri kerana pasir di pantai ini lain daripada lain. Pasirnya yang bersih, berwarna keemas-emasan dan kesat berbanding dengan pasir di pantai yang lain. Malah bentuk geografi di sini adalah berbentuk landai yang menyebabkan penyu mudah naik untuk bertelur. Dan ini menyebabkan kami berani untuk membenarkan anak-anak mandi di sini ker

Suasana kampung ber Hari Raya 2015

Dah sampai masa nak balik kampung untuk hari raya 2015 ni. Ingat nak ambil udara segar merasa suasana kampung yang memang tidak terkalah. Kampung masih belum tercemar kan, elok sangatlah kalau habiskan banyak masa kat kampung. Kalau dapat pemandangan-pemandangan yang cantik ok jugak ni. Kalau dapat suasana kampung macam gambar kat bawah ni pun best jugak. Ini boleh mengimbau kembali zaman kanak-kanak dulu kat suasana kampung.