Pantai Kelulut Marang Terengganu - Satu tempat peranginan menarik di Terengganu. Tak jauh dari Kuala Terenganu dan merupakan satu tempat tarikan pelancongan yang tersohor di Terengganu. Nak parking kereta mudah jer, dekat dengan pantai. deretan kedai makan kelihatan - mudah nak beli keropok lekor Marang kat sini. Boleh berlari-lari di tepian omban tapi tak boleh mandi sebab pantai t ak landai. View cantik, ambik gambar di tempat menarik di Terengganu ni memukau. Pantai Kelulut terletaj di tepi jalan je dari Kuala Terengganu ke Marang.
Pada artikel kali ini, kami ingin mendedahkan review dan panduan di pusat membeli-belah yang boleh dikatakan paling popular di Kelantan, tidak lain dan tidak bukan adalah di pusat bebas cukai Rantau Panjang. Review ini adalah berdasarkan pengalaman dan pandangan penduduk setempat yang sememangnya sudah lali dengan pekan Rantau Panjang ini. Secara umumnya, nama Rantau Panjang memang tidak asing lagi memandangkan ia adalah tempat membeli belah yang tersohor di Kelantan. Dibuka seawal jam 8 pagi hingga 6 petang. Pada waktu cuti sekolah, pekan Rantau Panjang adalah antara yang paling sibuk dan paling sesak di Kelantan. Waktu puncak adalah antara jam 11 tengahari hingga 4 petang. Pasar inilah yang paling popular dan paling sesuai jika anda ingin membeli barangan yang murah dari negara jiran, Thailand. Apa yang boleh didapati? Barangan yang terdapat di sini adalah sama dengan barangan yang dijual di satu lagi tempat membeli belah lain iaitu di Pengkalan Kubor. Tetapi...
Comments
Post a Comment