Skip to main content

Pulai Desaru Beach Resort - Pengalaman bercuti

Cuti Deepavali lepas, aku sempat pegi jalan-jalan kat Johor plak, biasa kat belah-belah pantai timur tuh, biasa sangat. Lagipun hujan sekarang ni tak sesuai ke pantai timur. Kali ni ke selatan, Johor. Pulai Desaru Beach Resort and Spa menjadi tempat tinggal kali nih. Sebelum pegi, hotel kena settle dulu beb sebab musim cuti ni biasanya ramai orang kat hotel takut takde kosong plak kan. Sebelum-sebelum ni aku pernah kongsikan pengalaman aku jalan di Awana Kijal Terengganu, perabih duit di Melaka, Teluk Batik, Cameron Highland dan Langkawi. Kalau dapat duit dari join mana-mana contest seperti Contest SEO Eridy.com boleh gak buat jalan-jalan. Takkpun duit dari kerja sampingan/parttime atau duit dari blog yang senang nak buat nih.

Pulai Desaru Beach Resort

Pulai Desaru Beach Resort Dan Spa

Jalan ke Desaru dari KL



Kat Pulai Desaru Beach Resort and Spa ramai orang Singapura duduk sini, bercuti. Local ada jugak la. Dalam 4 jam perjalanan dari KL, ambil PLUS highway, keluar kat exit Senai Utama, lalu JPO ( Johor Premium Outlets ) masuk Senai-Desaru Expressway, keluar dekat dengan Desaru. Senangje cari jalannya, tahu membaca jumpa lah tuh.



Yang Hampeh


Sampai hotel pukul 4.30 petang, bilik ada kosong sebab dah book awal-awal tapi belum kemas le pulak, tunggu jap sambil ronda-ronda. Pukul 6.30 petang, bilik belum kemas lagik. Apa punya servis la Pulai Desaru Beach Resort and Spa ni ( kasi nama buruk skit  hoho ). Buat-buat muka masam skit, siap le bilik.

Aktiviti di Desaru

Semua gambar di ambil dengan smartphone lenovo yang aku dapat percuma tempoh hari. Tapi aku nak cadangkan korang kalau pergi bercuti, kena bawak power bank  untuk caj smartphone. Rugi kalau tak boleh nak abadikan detik-detik manis  bersama keluarga.

Mandi kolam


Resort ni tepi laut, budak-budak memang suka berendam dalam air kolam hotel nih, view cantik baq hang.




Gua pandai berenang bro.


Makan malam ni Restoran Terapung Seafood Bujang Fire Fly


Restoran ni atas air beb, terampung-ampung. Makanan seafood, harga boleh tahan mahalnya kalau banding dengan restoran kat Shah Alam. Kat sini jugak ada boat untuk pergi tengok kunang-kunang selama 20 minit. Malam tengok-tengok view kat tepi pantai dekat dengan hotel, fuhhh... segarnya rasa di tiup angin sepoi-sepoi bahasa.


Esoknya...


Lepas breakfeast, mandi kolam lagik. Aikk... banyaknya mandi kolam.



Aku suka makan nih... kentang





Lepas tuh check out hotel, pergi jalan-jalan cari makan di Sungai Renggit, dengar citer best makan kat sini.

Ini yang special kat Sungai Renggit nih.





Johor Premium Outlets (JPO)


Lepas makan, kenyang, pegi cari JPO ( Johor Premium Outlets ). Tempat beli barang-barang branded yang harga mahal-mahal tuh, tapi cukai takde. Kalau dah ada plan nak beli beg ke, kasut ker, sini bagus le sebab takde cukai kan.






Aku beli ni jer...



Balik ke KL malam-malam buta, dari JPO pukul 8 malam, sampai rumah sudah letih ooo, duit pun habis.Keseronokkan bercuti ni memang best, terutamanya budak-budak. Dengar pergi hotel je, melompat-lompat.

Comments

  1. TEN MIGLIARRISTIC TEMPORARY - Titanium Nitride - T. I.T. & ZO
    In this article I'll write titanium bicycle about some of the best titanium nitride designs titanium mug by the best design, titanium mesh the most interesting titanium 2017 ford focus titanium nitride designs, and the best apple watch titanium

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Tempat menarik di Kelantan - Zon Bebas Cukai Rantau Panjang

Pada artikel kali ini, kami ingin mendedahkan  review dan panduan di pusat membeli-belah yang boleh dikatakan paling popular di Kelantan, tidak lain dan tidak bukan adalah di pusat bebas cukai Rantau Panjang. Review ini adalah berdasarkan pengalaman dan pandangan penduduk setempat yang sememangnya sudah lali dengan pekan Rantau Panjang ini. Secara umumnya, nama Rantau Panjang memang tidak asing lagi memandangkan ia adalah tempat membeli belah yang tersohor di Kelantan. Dibuka seawal jam 8 pagi hingga 6 petang. Pada waktu cuti sekolah, pekan Rantau Panjang adalah antara yang paling sibuk dan paling sesak di Kelantan. Waktu puncak adalah antara jam 11 tengahari hingga 4 petang. Pasar inilah yang paling popular dan paling sesuai jika anda ingin membeli barangan yang murah dari negara jiran, Thailand. Apa yang boleh didapati? Barangan yang terdapat di sini adalah sama dengan barangan yang dijual di satu lagi tempat membeli belah lain iaitu di Pengkalan Kubor. Tetapi...

Suasana kampung ber Hari Raya 2015

Dah sampai masa nak balik kampung untuk hari raya 2015 ni. Ingat nak ambil udara segar merasa suasana kampung yang memang tidak terkalah. Kampung masih belum tercemar kan, elok sangatlah kalau habiskan banyak masa kat kampung. Kalau dapat pemandangan-pemandangan yang cantik ok jugak ni. Kalau dapat suasana kampung macam gambar kat bawah ni pun best jugak. Ini boleh mengimbau kembali zaman kanak-kanak dulu kat suasana kampung.

Tempat menarik Langkawi - Dataran Helang & Kampung Kristal

Dataran Helang merupakan mercu tanda Langkawi dan juga merupakan tugu tumpuan pelancong yang terkemuka di pulau  Langkawi ,  Malaysia . Ia merupakan patung  helang  setinggi 12 meter yang menggambarkan Lang yang dari mana Langkawi mendapat namanya. Kedudukan patung Lang gergasi ini terletak bersebelahan dengan pelantar jeti Kuah, dengan sayap berkepak sedia untuk menyusur keudara menjadikannya satu pemandangan yang mengkagumkan bagi para pelancong sedia untuk mendarat di  pulau  ini. Rakyat tempatan mencatatkan helang sebagai satu simbol di mana nama langkawi berasal “Lang” adalah sama atau dikata singkatan “helang” manakala “kawi” bermaksud perang merah di zaman  Melayu  purba. Pada malam, seluruh dataran diterangkan dengan lampu. Dari laut, panorama adalah menakjubkan. Suasana malam sungguh menggasyikkan dengan cahaya lampu daripada  kapal  yang berlabuh. Kampung Kristal  di  Pulau Reba...