Skip to main content

Posts

Showing posts from April, 2015

Bestnya kalau dapat minum air kelapa muda di tepi pantai

Bestnya kalau dapat minum air kelapa muda di tepi pantai. BIasa kalau harga tepi pantai mahal sikit ler yek. Sebiji kelapa tak tahu le berapa tetapi kalau kat bandar, sebiji air kelapa muda harga dalam rm3 kot, dah lama tak beli air kelapa. Coconut shake tepi pantai Port Dickson rm3, best ooo kena minum tang-tang tu juga. Kalau biar lama dah tak best.

Lexis Port Dickson

Lexis Port Dickson. Banyak  jenis hotel yang biasa saya kan duduk bila bercuti kat mana-mana di Malaysia ni tetapi Lexis Port Dickson ni ada kelainannya. Terdapa beberapa jenis chalet kat sini dan yang saya tinggal ini ialah jenis water chalet  di mana chalet ni berada di atas air. Ini sangat berbeza dengan pengalaman masa sanya tinggal kat  Avilion Port Dickson. Sudah tentulah ada tiangnya dan boleh nampak apabila air pasang surut berlaku. Terdapat satu lagi hotel atau resort kepunyaan Lexis juga iaitu Grand Lexis Port Dickson yang berada bersebelahan Lexis Port Dickson sahaja. Kalau dari Kuala Lumpur, saya akan ambil  PLUS arah selatan menghala ke selatan keluar di exit Port Dickson  seterusnya terus menghala ke Port Dickson. Tol dari Subang Jaya ke exit Port Dickson ialah sebanyak rm8.60 dan tol daripada exit tu ke Port Dickson ialah sebanyak rm3.20 sahaja. Cuti-cuti di Lexis Water Chalet Port Dickson

Grand Lexis Port Dickson - Tips Percutian

Grand Lexis Port Dickson. Kalau sebut sahaja Grand Lexis Port Dickson, anda akan ingat swimming pool dalam bilik. Memang ada swimming pool dalam bilik jika anda menginap di Grand Lexis Port Dickson. tetapi bilik ni harganya mahal, dekat-dekat rm1000. Tetapi berbaloi untuk tinggal di Grand Lexis Port Dickson bilik yang ada swimming pool ni. Di Grand Lexis Port Dickson ni terdapat banyak jenis bilik sebenarnya, ada yang bilik macam hotel ( bangunan tinggi ) dan ada yang berada di atas air. Water chalet ni mahal sikit, ada yang tiada swimming pool, ada yang sjky view dan ada yang dari lantai boleh tengok air ( atas air le ni ). Mana satu pilihan anda, tepuk dada tanya duit. Jika mahu tinggal di Grand Lexis Port Dickson, sangat memuaskan kerana biliknya besar dan juga retoran / tempat makan di sekitar Port Dickso ni banyak. Tak susah mencari restoran ikan bakar di Port Dickson.