Skip to main content

Lexis Port Dickson

Lexis Port Dickson. Banyak  jenis hotel yang biasa saya kan duduk bila bercuti kat mana-mana di Malaysia ni tetapi Lexis Port Dickson ni ada kelainannya. Terdapa beberapa jenis chalet kat sini dan yang saya tinggal ini ialah jenis water chalet  di mana chalet ni berada di atas air. Ini sangat berbeza dengan pengalaman masa sanya tinggal kat Avilion Port Dickson.

Sudah tentulah ada tiangnya dan boleh nampak apabila air pasang surut berlaku. Terdapat satu lagi hotel atau resort kepunyaan Lexis juga iaitu Grand Lexis Port Dickson yang berada bersebelahan Lexis Port Dickson sahaja.

Kalau dari Kuala Lumpur, saya akan ambil PLUS arah selatan menghala ke selatan keluar di exit Port Dickson seterusnya terus menghala ke Port Dickson. Tol dari Subang Jaya ke exit Port Dickson ialah sebanyak rm8.60 dan tol daripada exit tu ke Port Dickson ialah sebanyak rm3.20 sahaja.

Lexis Water Chalet Port Dickson
Cuti-cuti di Lexis Water Chalet Port Dickson


Daripada exit plus ke Lexis Port Dickson, saya akan keluar ke exit Lukut. Dari Lukut ikut jalan biasa menghala ke Port Dickson, akan jumpa Lexis Port Dickson berada di sebelah kanan – dekat je. Kalau dari Kuala Lumpu akan ambil masa lebih kurang sejam.

Biasanya saya kalau cuti-cuti Malaysie ke Terangganu seperti Awana Kijal Resort Terengganu.

Lexis Port Dickson –apa yang lain


Biasa saya tinggal kat hotel, Nampak sama sahaja kecuali keluasan dan susun atur dalaman. Tetapi bagi Lexis Port Dickson ni lain sikit. Apa yang lain dan unik kat sini, inilah yang saya nak kongsikan:

Lantai cermin boleh tengok air – dalam bilik kat Lexis PD ni, ada satu bahagian tu terdapat lantai di buat daripada cermin. Maka saya boleh Nampak air di bawah bilik ( chalet ni berada di dalam air ). Budak-budak suka le benda-benda cam ni kan. Boleh pijak-pijak cermin ni. Masa air tiada akibat daripada pasang surut air, Nampak le selut dengan tiang chalet kat bawah tu.

lantai cermin Lexis Port Dickson
Lantai cermin Lexis Port Dickson

Sky view – bumbung bahagian toilet dalam water chalet Lexis Port Dickson ni, boleh buka tutup mengikut kehendak kita. Kalau nak Nampak awan, Cuma Tarik tali yang di sambungkan ke bahagian bumbung atas tandas ni, bumbung akan terbuka dan cahaya matahari akan masuk. Pelik pula saya rasa struktur macam ni.

Chalet dalam air – iya, memang chalet ni dalam air tetapi apabila air surut, chalet ni berada di atas selut. Masa ada air, airnya jernih dan saya cuba mencari kalau ada ikan berenang, tak Nampak le pula. Tetapi ada guest yang memancing daripada beranda bilik. Ada dua kerusi kat beranda tuh dan satu meja kecil. Santai-santai sambal mincing boleh sahaja. Masa air bertiup kencang, best le rasa bayu udara laut tu.

Grand Lexis Port Dickson
Senang hati le tu


Khidmat boogie – khidmat transport dari lobi chalet ke bilik hotel. Ini macam kereta kecil untuk  muat barang dan 4 orang jika malas nak jalan kaki ke bilik. Nak jalan pun boleh jer, takde le jauh sangat. Kalau nak try naik boogey ni, call sahaja receptionist.

Promotion Lexis Port Dickson

Tiada pantai – Lexis Port Dickson ni tiada pantai. Kalau nak tengok atau main kat pantai, jangan tinggal kat sini. Chalet ni tepi pantai tetapi pantainya tak menarik, macam benteng cam tu la. Jangan ingat Lexis Port Dickson ni ada pantai pulak. Swimming pool ada ler. Di Grand Lexis Port Dickson, ada bilik yang ada swimming pool tetapi kena semak harga dulu la berbaloi ke tidak.

Itulah antara keunikkan Lexis Port Dickson ni. Sesuai jika korang nak tinggal di bilik yang berada di dalam air. Macam satu  kawasan di mana bilik-biliknya berada di di atas air – cantik pemandangan cam ni. Wifi percuma di mana anda akan di berikan password wifi untuk bilik anda – takde le laju sangat wifi kat sini.

lexis pd

Kadang-kadang Lexis Port Dickson ada buat promosi. Jika anda berminat, boleh le semak di lexispd.com. Cuba juga semak kat groupon mana tahu boleh dapat harga terbaik. Saya book water chalet ni masa MATTA 2015 di PWTC yang lepas dengan harga rm300.

Tempat Makan Lexis Port Dickson


Restoran Samudra – Restoran Samudra ni berada ni kawasan Medan Perbandaran Port Dickson berdekatan dengan Restoran D’Terapung. Nampak dalam internet Restoran D’Terapung lebih popular tetapi bagi saya Restoran Samudra lebih baik. Bila masuk parking kat sini, kereta penuh sebab waktu makan malam kot. Masuk-masuk jumpa restoran Samudra sebelah kiri dan restoran d’terapung berada di hadapan. Restoran Samudra penuh dengan orang nak dinner tetapi Restoran D’Terapung lenggang, hanya ada 4-5 keluarga sahaja sedang makan. Masakan paling best kat sini ialah ikan segar la – pilih ikan apa, timbang dan bagitahu nak masak apa. Harga sekilo lupa le berapa ringgit.

Saya rasa Restoran Samudra ni terbaik la kat sini.

restoran samudra ikan bakar port dickson


Makan pagi kat Port Dickson ni ( jika bilik anda tidak di sertakan dengan makan pagi ) dekat sahaja dengan Lexis water chalet Port Dickson ni. Keluar bilik, pandu dalam 1-2km sahaja, ada gerai roti canai sebelah kanan anda. Pukul 11 pagi pun masih ada roti canai lagi. Tak perlu nak merayau jauh-jauh, sama jugak kalau pergi jauh pun.

Teluk Kemang Port Dickson


Itulah pengalaman saya semasa berada di bilik 042 Lexis Water Chalet Port Dickson pada 17-18 April 2015. Jika anda nak tanyakan soalan, boleh tulis kat komen. Nanti saya kongsikan apa yang saya tahu tentang percutian di Port Dickson ni. Dengan Teluk Kemang pun dah tak jauh dah ni.

Comments

Popular posts from this blog

Tempat menarik di Kelantan - Zon Bebas Cukai Rantau Panjang

Pada artikel kali ini, kami ingin mendedahkan  review dan panduan di pusat membeli-belah yang boleh dikatakan paling popular di Kelantan, tidak lain dan tidak bukan adalah di pusat bebas cukai Rantau Panjang. Review ini adalah berdasarkan pengalaman dan pandangan penduduk setempat yang sememangnya sudah lali dengan pekan Rantau Panjang ini. Secara umumnya, nama Rantau Panjang memang tidak asing lagi memandangkan ia adalah tempat membeli belah yang tersohor di Kelantan. Dibuka seawal jam 8 pagi hingga 6 petang. Pada waktu cuti sekolah, pekan Rantau Panjang adalah antara yang paling sibuk dan paling sesak di Kelantan. Waktu puncak adalah antara jam 11 tengahari hingga 4 petang. Pasar inilah yang paling popular dan paling sesuai jika anda ingin membeli barangan yang murah dari negara jiran, Thailand. Apa yang boleh didapati? Barangan yang terdapat di sini adalah sama dengan barangan yang dijual di satu lagi tempat membeli belah lain iaitu di Pengkalan Kubor. Tetapi, di

Tempat menarik di Terengganu - Pantai Rantau Abang

Semasa menginap di salah sebuah chalet di Rantau Abang baru-baru ini, kami sekeluarga sempat mandi di pantai di sini. Ini adalah kali pertama kali kami singgah di pantainya walaupun berulang alik melalui jalan raya dari Kuala Terengganu – Kuantan. Sebelum ini kami hanya melihat pantai ini dari atas jalan raya sahaja, tetapi kali ini dapat merasai keindahan pantainya dan dapat pula mandi manda di sini dengan sepuas-puasnya. pantainya yang bersih dan landai... Sebenarnya saya akui, dalam banyak-banyak pantai yang saya singgah dan mandi, pantai Rantau Abang berbeza dari pantai yang lain. Bukan saya ingin mempromosi berlebih-lebihan, tetapi saya akui sendiri kerana pasir di pantai ini lain daripada lain. Pasirnya yang bersih, berwarna keemas-emasan dan kesat berbanding dengan pasir di pantai yang lain. Malah bentuk geografi di sini adalah berbentuk landai yang menyebabkan penyu mudah naik untuk bertelur. Dan ini menyebabkan kami berani untuk membenarkan anak-anak mandi di sini ker

Suasana kampung ber Hari Raya 2015

Dah sampai masa nak balik kampung untuk hari raya 2015 ni. Ingat nak ambil udara segar merasa suasana kampung yang memang tidak terkalah. Kampung masih belum tercemar kan, elok sangatlah kalau habiskan banyak masa kat kampung. Kalau dapat pemandangan-pemandangan yang cantik ok jugak ni. Kalau dapat suasana kampung macam gambar kat bawah ni pun best jugak. Ini boleh mengimbau kembali zaman kanak-kanak dulu kat suasana kampung.