Untuk mengisi aktiviti sempena cuti sekolah selain dari balik kampung kali ini kita Cameron Highland(CH). Cuti yang ini memang betul-betul singkat, hanya sehari semalam sahaja. Kami naik hari Jumaat petang (18/3), turun pada lewat petang keesokkan harinya. Walaupun terlalu singkat, saya puas hati sebab ini merupakan kunjungan pertama saya, en. hubby dan juga anak-anak.
Petang Jumaat bertolak dalam jam 5 petang kemudian singgah Shah Alam dulu ambil maksu. Disebabkan masih dalam minggu cuti persekolahan dan ditambah pula waktu itu adalah petang Jumaat maka jalanraya mahupun lebuhraya adalah sangat-sangat sesak. Itu adalah antara punca kelewatan kami sampai ke CH. Kami naik melalui Simpang Pulai dan waktu itu hari sudah pun malam dan gelap gelita. Memang saya rasa sangat mendebarkan hihihi.... dalam hati tidak putus-putus berdoa agar kami sampai dengan selamat.... insyaallahhh... Rupanya, jauh jugakan naik ke atas sana, lagipun memandu di waktu malam ni sambil melalui jalan yang berliku haruslah lebih berhati-hati.
Akhirnya....kami sampai di pekan Berinchang lebih kurang jam 10 malam. Syukur alhamdulillahhhh. Memandangkan sudah agak lewat dan pasar malamnya pun sudah hampir ditutup maka cukup sekadar singgah isi minyak dan beli makanan sahaja di Berinchang. Perjalanan belum sampai ke destinasi yang sebenarnya iaitu ke Liliy Homestay di Kg. Taman Sedia. Agak risau sebab harus mencari lokasinya ditambah dengan waktu malam ni kannn... Hampir jam 11 malam baru kami jumpa homestay yang dimaksudkan, itupun setelah beberapa panggilan telefon dibuat memohon bantuan penunjuk arah.
Comments
Post a Comment