Skip to main content

Pulau Warisan - Mengamit Kenangan

Setelah lama tidak memasukkan cerita tentang negeri Terengganu ke dalam blog ini kerana kesibukan pembukaan sesi persekolahan yang baru dan artikel kali ini saya ingin bercerita tentang keindahan malam diPulau Warisan yang terletak di belakang Kampung Cina. Sebenarnya lawatan ke Pulau Warisan ini telah diadakan semasa cuti sekolah sebelum ini lagi tetapi dibiarkan untuk mencari bahan bergambar pada siang harinya tetapi tidak kesampaian akibat kekangan masa. Mungkin pada masa akan datang, saya akan berkongsi pula cerita tentang Pulau Warisan ini semasa waktu siang.


Kami sempat singgah sebentar di sini semasa baru sahaja tiba di Kuala Terengganu pada waktu malamnya untuk menemani suami yang bekerja di sini pada keesokan harinya. Sebenarnya sebelum ini sudah beberapa kali juga kami singgah di sini iaitu semasa Pulau Warisan ini dalam pembinaan. Pulau Warisan ini adalah terletak di belakang kampung yang bersejarah di Kuala Terengganu iaitu Kampung Cina dan merupakan salah satu lokasi pelancongan dan bukti yang negeri Terengganu adalah bandar raya pesisir air.



Laluan di Sungai Terengganu yang berukir..nampak cantik sangat



pintu gerbang masuk ke Pulau Warisan dari Kampung Cina


sinaran lampu yang menarik

Sebenarnya Pulau Warisan ini tampak cantik pada siang hari dengan seni binaan yang unik malah pada waktu malamnya jua. Semasa pertama kali singgah di sini dari jauh lagi kelihatan sinaran cahaya dari sini terutama semasa melalui jambatan dari belakang Kampung Cina ke Pulau Warisan ini. Sinaran cahaya lampu di pintu gerbang semasa melalui jambatan ini akan berubah secara berselang seli. Pulau Warisan ini luas dan lokasinya amat bersesuaian untuk diadakan karnival, majlis-majlis dan juga sebagai tempat pameran.

keindahan malam di bandar raya Kuala Terengganu yang berlatarkan Kampung Cina



lampu di pintu gerbang ini akan berubah warna secara berselang seli


Daripada sumber bacaan saya di dalam laman webhttp://daruliman.wordpress.com mengatakan kerajaan negeri mengeluarkan perbelanjaan kira-kira RM60 juta untuk membangunkan pulau berkenaan termasuk mengubah wajah daratan sekali gus menjadi destinasi pelancongan baru di Terengganu. Perbelanjaan itu juga untuk pembiayaan bagi menambah serta mendalamkan Sungai Kuala Terengganu yang berlatarbelakangkan Kampung Cina
.


Selain daripada itu juga, kerjaan negeri turut sedang berusaha untuk membangunkan Pulau Warisan ini termasuk perkhidmatan bot atau river cruise yang lengkap dengan restoran terapung di atasnya. Pastinya pada masa akan datang tempat ini menjadi bualan kepada para pelancong dalam dan juga luar negara dengan prasarana yang sedang dibangunkan ini.



ramai pengunjung sedang menikmati keindahan malam di sini

Comments

Popular posts from this blog

Tempat menarik di Kelantan - Zon Bebas Cukai Rantau Panjang

Pada artikel kali ini, kami ingin mendedahkan  review dan panduan di pusat membeli-belah yang boleh dikatakan paling popular di Kelantan, tidak lain dan tidak bukan adalah di pusat bebas cukai Rantau Panjang. Review ini adalah berdasarkan pengalaman dan pandangan penduduk setempat yang sememangnya sudah lali dengan pekan Rantau Panjang ini. Secara umumnya, nama Rantau Panjang memang tidak asing lagi memandangkan ia adalah tempat membeli belah yang tersohor di Kelantan. Dibuka seawal jam 8 pagi hingga 6 petang. Pada waktu cuti sekolah, pekan Rantau Panjang adalah antara yang paling sibuk dan paling sesak di Kelantan. Waktu puncak adalah antara jam 11 tengahari hingga 4 petang. Pasar inilah yang paling popular dan paling sesuai jika anda ingin membeli barangan yang murah dari negara jiran, Thailand. Apa yang boleh didapati? Barangan yang terdapat di sini adalah sama dengan barangan yang dijual di satu lagi tempat membeli belah lain iaitu di Pengkalan Kubor. Tetapi...

Suasana kampung ber Hari Raya 2015

Dah sampai masa nak balik kampung untuk hari raya 2015 ni. Ingat nak ambil udara segar merasa suasana kampung yang memang tidak terkalah. Kampung masih belum tercemar kan, elok sangatlah kalau habiskan banyak masa kat kampung. Kalau dapat pemandangan-pemandangan yang cantik ok jugak ni. Kalau dapat suasana kampung macam gambar kat bawah ni pun best jugak. Ini boleh mengimbau kembali zaman kanak-kanak dulu kat suasana kampung.

Pantai Teluk Senangin - Perak

Pantai Teluk Senangin - Korang pernah pegi ke tak? Ini kat Perak, biasa orang pergi Teluk Batik kan, ini dekat dengan Teluk Batik. Pantai cantik weh, orang pun tak ramai macam Teluk Batik tuh. TDF rekemen korang pergi kat sini, santai dengan famili. Nak makan pun senang jer, banyak kedai. Kalau tengok gambar-gambar kat bawah, ngancam sunset tuh. Romantik pun ada. Jadi ada kelapangan, silalah ke Pantai Teluk Senangin. Kalau korang pernah pergi ke Pantai Teluk Senangin, kongsi dengan TDF sikit pengalaman korang.