Skip to main content

Posts

Showing posts from April, 2013

Tempat menarik di Cameron Highland

  Si Kecik Umar :)                                                                                      Ehh ? ?    besar kan kaktus tu ? ?    :D   Aunty Liza   Nisa and Aunty Farah ;)   with my mama and sista !   Aunty Farah and Yin ;)   Ibu Ibu borong sayur :D   Imann ;)   the kids :)   Nisa :D   muda mudi <3   Aunty Dottie ;)   Nisa and Yin ;)  

Advertorial - Impiana Resort Cherating gamit pelancong

Cherating, satu nama yang tidak asing di negara ini kerana pantai itu merupakan lokasi utama pelancong domestik dan luar negara menghabiskan percutian mereka di tepi laut. Tidak hairanlah ramai pelancong memilih destinasi yang terletak dekat Kuantan, Pahang itu untuk bercuti. Faktor terdapat banyak jenis penginapan turut menggamit pelancong, antaranya Impiana Resort Cherating. Bertaraf empat bintang, Impiana Resort Cherating menjanjikan percutian menyeronokkan, selain menyajikan pemandangan Laut China Selatan yang terbentang luas. Untuk sampai ke sana, kita perlu memandu kira-kira 45 minit dari Kuantan. Dari Kuala Lumpur pula, perjalanan mengambil masa dua jam 30 minit dengan menempuh Lebuh Raya Pantai Timur (LPT), sebelum susur keluar di persimpangan Jabor. Pengurus Bahagian Penginapan Impiana Resort, Noraini Ahmad berkata, resort itu mempunyai kapasiti 104 bilik iaitu 56 bilik deluxe , 40 bilik superior deluxe dan lapan suite . Menurutnya, hiasan dalaman resort yang diberi sen

Pandu dan cuti di Phuket

MELANCONG ke luar negara bersama teman rapat memberikan pengalaman menakjubkan, apatah lagi melancong ke luar negara hanya dengan memandu kenderaan sendiri seperti yang saya lakukan bersama rakan karib saya ke Phuket, Thailand. Perjalanan yang memakan masa kira-kira 15 jam dari Kuala Lumpur menuju ke destinasi memberikan kami pengalaman menarik dengan menyajikan pemandangan yang sangat memukau. Setibanya di Phuket, kami mencari tempat menginap murah dan hampir dengan pantai. Tetapi cabaran yang kami perlu tempuh adalah mendapatkan makanan halal. Dengan layanan dan bantuan baik penduduk tempatan, kami dapat mengenal pasti restoran halal berdekatan tempat kami menginap. Hari pertama kami di Phuket digunakan hanya untuk menikmati keindahan pantai dan merehatkan minda memandangkan terlalu lama berada di dalam kereta. Keesokannya, kami memandu di sekitar bandar Phuket dan pesisir pantai yang lain. Memang tidak dinafikan, Phuket merupakan sebuah bandar yang ‘hidup’ dan penuh de

Tempat menarik di Selangor - Pantai Bagan Lalang, Sepang Selangor

Tempat menarik di Terengganu - Pantai Rantau Abang

Semasa menginap di salah sebuah chalet di Rantau Abang baru-baru ini, kami sekeluarga sempat mandi di pantai di sini. Ini adalah kali pertama kali kami singgah di pantainya walaupun berulang alik melalui jalan raya dari Kuala Terengganu – Kuantan. Sebelum ini kami hanya melihat pantai ini dari atas jalan raya sahaja, tetapi kali ini dapat merasai keindahan pantainya dan dapat pula mandi manda di sini dengan sepuas-puasnya. pantainya yang bersih dan landai... Sebenarnya saya akui, dalam banyak-banyak pantai yang saya singgah dan mandi, pantai Rantau Abang berbeza dari pantai yang lain. Bukan saya ingin mempromosi berlebih-lebihan, tetapi saya akui sendiri kerana pasir di pantai ini lain daripada lain. Pasirnya yang bersih, berwarna keemas-emasan dan kesat berbanding dengan pasir di pantai yang lain. Malah bentuk geografi di sini adalah berbentuk landai yang menyebabkan penyu mudah naik untuk bertelur. Dan ini menyebabkan kami berani untuk membenarkan anak-anak mandi di sini ker

Tempat menarik di Terengganu - Pasar Besar Kedai Payang

Artikel kali ini saya ingin berkongsi tentang tempat yang wajib pengunjung singgah jika datang ke Kuala Terengganu. Tempat yang dimaksudkan ialah Pasar Besar Kedai Payang atau Pasar Payang yang tersohor di seluruh negara. Pasar Besar Kedai Payang ini terletak di tepi Sungai Terengganu dan merupakan salah sebuah destinasi pelancong yang paling terkenal di Kuala Terengganu. Pasar yang terletak di dalam sebuah bangunan ini menawarkan pelbagai jenis hasil kraftangan tradisional seperti batik, kain sutera, songket, kain brocade and barangan logam serta sayur-sayuran yang segar. pintu hadapan di Pasar Besar Kedai Payang antara kraftangan yang dijual disini, alatan tembaga dan anyaman baju batik, kain sutera, kain songket dan baju kelawar yang mesti ada dijual di sini (yang penting kena pandai pilih dan membuat tawar menawar dengan penjual) Sebenarnya suasana di Pasar Besar Kedai Payang pada bulan Ramadhan ini sebenarnya lebih rancak berbanding dengan bulan sebelum ini. Berban

Tempat menarik di Terengganu - Pulau Perhentian

Artikel kali ini saya ingin berkongsi dengan pembaca dengan sebuah pulau yang sememangnya destinasi yang mesti dikunjungi. Pulau yang saya maksudkan ialah Pulau Perhentian yang terletak 21kilometer dari pinggir pantai Terengganu dan terbahagi kepada dua iaitu Pulau Perhentian Besar dan Pulau Perhentian Kecil. Pulau Perhentian yang dilitupi hutan yang bersih, pepohon kelapa, pantai yang putih dengan pasir yang halus dan dikelilingi air laut yang biru dan jernih merupakan tempat persinggahan nelayan, burung-burung yang berhijrah dan pelancong yang datang bercuti di sini. Lokasinya di pinggiran kawasan Taman Laut Pulau Redang bermakna perairan di sekitar pulau ini ditaburi terumbu karang dan menawarkan pemandangan bawah laut yang hebat untuk aktiviti menyelam skuba dan snokel. Lawatan bot ke pulau-pulau boleh diaturkan dan bot juga boleh disewa oleh pelancong yang ingin meneroka teluk-teluk yang terselindung. Pelancong yang gemarkan aktiviti meluncur papan air, belayar, berkenu dan mema

Tempat menarik di Terengganu - Pulau Redang

Pulau Redang yang terletak di perairan Laut China Selatan merupakan salah satu daripada sembilan buah pulau yang membentuk taman laut Kepulauan Redang, di negeri Terengganu tapak pemuliharaan penyu yang penting. Pulau Redang adalah salah satu pulau yang terbesar dan yang tercantik di pantai timur Malaysia. Pulau ini kini merupakan sebuah pulau peranginan yang amat popular di kalangan orang Malaysia, dengan kebanyakan mereka yang datang melalui pakej pelancongan. Salah satu pantai yang paling cantik di pulau ini ialah Pasir Panjang. Pasirnya putih dan airnya jernih, dengan batu karang dan ikan terdapat hanya beberapa meter dari tepi pantai. Antara kemudahan di pulau ini ialah kegiatan menyelam, berkayak dan berenang. kelihatan banyak kapal-kapal yang sedang berlabuh pulau redang yang indah dan jernih kapal-kapal ini menambahkan keindahan pemandangan di sini Pulau Redang boleh dikunjungi melalui Merang atau Kuala Terengganu dengan bot-bot yang dikendalikan oleh sy

Tempat Menarik di Terengganu (Tahun Melawat Terengganu)

Sebelum nie dah ceritakan tempat yang sangat-sangat menarik untuk dilawati di Negeri Terengganu nie seperti di Pasar Payang, Taman Tamadun Islam, Masjid Kristal dan Muzium Negeri. Kali nie kita menjelajah lagi ker daerah-daerah di Negeri Terengganu yang merupakan tempat tarikan pelancong. Hmm...siapa-siapa yang datang ker Terengganu tak sah kalau tak singgah di Masjid Terapung. Ada yang mengambil peluang ini untuk berhenti rehat dan solat di Masjid Terapung.  Masjid Terapung juga dikenali sebagai Masjid Tengku Zaharah sempena nama ibunda Al Marhum Sultan Mahmud Al-Mukhtafi Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Ismail Nasiruddin Shah. Kat sini anda semua boleh melihat sendiri keunikkan yang ada pada Masjid Terapung. Ianya dibina di atas air. Semasa air pasang, Masjid ini akan kelihatan terapung-apung dengan dikelilingi oleh sebuah tasik yang mana airnya terus mengalir ke laut berhampiran. Di belakang Masjid pula terdapat taman rekreasi yang sesuai untuk aktiviti riadah di petang h