Setelah lama tidak memasukkan cerita tentang negeri Terengganu ke dalam blog ini kerana kesibukan pembukaan sesi persekolahan yang baru dan artikel kali ini saya ingin bercerita tentang keindahan malam diPulau Warisan yang terletak di belakang Kampung Cina. Sebenarnya lawatan ke Pulau Warisan ini telah diadakan semasa cuti sekolah sebelum ini lagi tetapi dibiarkan untuk mencari bahan bergambar pada siang harinya tetapi tidak kesampaian akibat kekangan masa. Mungkin pada masa akan datang, saya akan berkongsi pula cerita tentang Pulau Warisan ini semasa waktu siang. Kami sempat singgah sebentar di sini semasa baru sahaja tiba di Kuala Terengganu pada waktu malamnya untuk menemani suami yang bekerja di sini pada keesokan harinya. Sebenarnya sebelum ini sudah beberapa kali juga kami singgah di sini iaitu semasa Pulau Warisan ini dalam pembinaan. Pulau Warisan ini adalah terletak di belakang kampung yang bersejarah di Kuala Terengganu iaitu Kampung Cina dan merupakan salah satu lokasi pela
~travel and food bloggers~